SELAMAT DATANG-WELCOME-AHLAN WA SAHLAN

Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts

Semua contengan di sini adalah hak cipta terpelihara tuan tanah. Segala salinan dan tampalan tidak dibenarkan sama sekali ya!!! Apa jua hasil paparan di sini adalah titik peluh dan perah otak tuan tanah. Tuan tanah punya hak mutlak untuk buat apa sahaja. Sebarang komen membina dan menghina di jemput dengan tangan terbuka. Kepada yang berminat dan sokong, jutaan terima kasih ya. Pada yang tak suka dan dengki, terima kasih juga ya. No body perfects, i've tried my best.Blog ini hanya lah untuk hiburan, menjadi kawan dan diari tuan tanah. Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam..!!!Thank you for visiting this blog. Please enjoy...(^__^)

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers

Sunday, May 17, 2009

BENCINTA...(PART 1)

Sekilas pandang......


Dania Atilia, seorang gadis yang berpendirian tegas, berprinsip dan bijak berdikari. Walaubagaimanapun, Dania senang di dampingi oleh teman-teman mahupun 'stranger'. Dania kini sudah mencecah umur 21 tahun dan masih menuntut di salah sebuah pusat pengajian tinggi awam di Kuala Lumpur dalam jurusan ekonomi. Dania Atilia membesar bersama keluarga angkatnya sejak dirinya masih bayi lagi. Menurut cerita orang tua angkatnya, kedua ibu bapa kandung nya telah kembali ke rahmatullah kerana mengalami kemalangan ngeri sewaktu pulang dari tempat kerja. ketika kemalangan itu terjadi, Dania masih lagi dalam kandungan ibunya dan hanya dia sahaja yang terselamat. Kedua ibu bapa angkatnya merupakan teman baik arwah ayah kandungnya sendiri. Dia mempunyai dua kakak dan seorang abang angkat. Jadi, boleh dikatakan Dania merupakan anak bongsu dalam keluarga angkatnya.


Episod bermula.....


Kelas Ekonomi habis lewat dari yang sepatutnya petang tu. Dania terpaksa batalkan niatnya untuk keluar membeli barang keperluan bersama teman-teman sebiliknya Mira dan Elina. "Tentu mereka berdua marah pada aku.."getus hati Dania ketika dalam perjalanan pulang ke Kolej Anastasia. Ketika berjalan menyusuri bangunan-bangunan Fakulti lain untuk melalui jalan pintas ke hostelnya, tiba-tiba Dania terserempak dengan seorang lelaki mirip seorang yang pernah menjadi pemilik hatinya sekain waktu dahulu. Dania betul-betul tersentak apatah lagi ketika itu kedua-duanya saling berpandangan. Namun, Dania percepatkan langkahnya meninggalkan lelaki itu terpinga-pinga melihat telatah Dania yang gelabah dan cemas. Dalam mengatur langkahnya, tanpa disedari Dania menangis sendiri sambil melayan perasaannya.
Setibanya Dania di bilik, dania terkejut melihat dua teman biliknya Mira dan Elina ada.
"Eh, korang kata nak keluar tadi pegi Jusco. Kenapa ada lagi ni? Ke korang dah balik? Sekejapnya."tanya Dania pada mereka sambil meletakkan beg dan bukunya di meja belajar.
"Eleh,Buat-buat tanya lah pulak minah ni kan."jawab Mira sindir.
Dania tahu, teman-temannya marah padanya kerana batalkan niat untuk ikut mereka shopping barang keperluan. Lalu, Dania terus duduk menghadap mereka di ruang tengah biliknya itu.
"Mira, Elina.....aku minta maaf sangat, aku tak sengaja. Prof. Jalil tu kau tahu je lah kan. kalau dah bercakap bukan reti berhenti. Kalau kelas habis on time tadi, forsure aku ikut korang tau. aku pun memang teringin sangat nak keluar. rasa serabut sangat dah menghadap buku dengan tugasan. Korang, aku minta maaf k??. apa kata aku belanja korang makan aiskrim malam ni?"pujuk Dania pada mereka.
"Ala...setakat aiskrim kat kedai Pak Din tu tak payah lah Dania. Jemu dah aku makan."tegas Mira.
Dania mengeluh, memang itulah sikap temannya yang seorang ini. Mira lebih pemarah dibandingkan dengan Elina. Mungkin kerana mereka dibesarkan dalam situasi keluarga yang berbeza.
"okay2..aku belanja aiskrim mahal sikit malam ni.aiskrim Cornetto nak x? ke nak aiskrim Walls yang mangkuk besar???pujuk Dania lagi.
"hahahha...aku setuju..aku setuju sangat.Mira, kira maaf di terima lah ni. aku tak sabar nak dapat makan free..."balas Elina laju.
Mira hanya tersenyum.
"Dania, kau ni kena cari ruang untuk diri kau juga. Asyik menghadap buku pagi petang siang malam. Kau tak penat ke? aku tak kira, hujung minggu ni kita keluar. apa-apa alasan tidak di terima ye. Aku dan Elina pun dah cancel date kita orang tau. dah lama kita tak keluar sama."arah Mira.
"baiklah intan payung..."Dania tarik nafas lega.
Usai solat isyak, Dania ulangkaji pelajaran untuk hari itu. itulah rutin hariannya jikalau tiada tugasan atau perbincangan luar. Mira dan Elina masih di bilik TV. Mungkin masih khusyuk menonton TV sambil makan aiskrim yang dibelinya tadi. Dania cuba ulangkaji, sehelai demi sehelai mukasurat dibukanya, namun fikirannya kosong. dia menyandar sebentar.adakah kerana lelaki petang tadi menyebabkan Dania tak bersemangat dan resah malam itu. Dania teringat akan kotak kesayangannya, yang sentiasa disimpannya. Semua barang-barang dan kenangan silamnya ada di dalam kotak itu. Sementara Mira dan Elina tiada, dania terfikir untuk buka kotak itu. Sepanjang 4 semester mereka sebilik, Dania tidak pernah becerita sangat akan kisah hidupnya kecuali perihal dia adalah anak angkat. Dania ambil satu album lalu tutup kembali kotak itu dan disorongkannya ke bawah katil. satu persatu gambar dilihatnya, gambar keluarga sehinggalah ke gambar waktu persekolahan.Dania menangis bila terpandangkan satu gambar, dimana dirinya bersama seorang pelajar lelaki di perpustakaan sekolah. Seingatnya, itulah cinta pertamanya. Saiful Asyraf, seorang pelajar tingkatan enam atas di sekolahnya berjaya memenangi hatinya. Namun, hubungan itu tidak kekal lama. mereka putus dan lost contact setelah Dania tamatkan pelajarannya di Matrikulasi. Tiba-tiba Dania dengar hilai tawa dari luar.cepat2 dia sorokkan album itu di bawah bantal.
"assalamualaikum....ei Dania, rugi lah kau balik awal tadi, cerita tadi best tau.kelakar betul."jelas Mira sambil ketawa.
"waalaikumsalam...ye ker?ala aku takde mood lah nak tengok TV malam ni."balas Dania.
"ala..dania, ko memang tak boleh berenggang dengan buku-buku kau tu. yelah, kalau tak takkan lah dapat dean's list every semester. dapat biasiswa JPA pulak tu kan."sampuk Elina.
"korang ni ada-ada jelah. Tu je yang aku leh buat mira,lina..samapi bila aku nak bergantung pada keluarga aku. cukuplah aku dah banyak susahkan dorang dari kecil. aku kena pastikan prestasi aku berjalan lancar dan aku taknak biasiswa tu di tarik balik. lain lah korang, semua ditanggung beres."jawab Dania dengan nada sedih.
"ha..mula lah tu cik Dania nak kajang pak malau....dah, kau jangan nak amek hati, kitaorang pun bangga tau dengan kau Dania. Kaulah kawan terbaik, kerana kau aku ni rajin solat, ada kesedaran nak belajar. ikutkan aku, kau nak berhenti je, aku dah dapat tawaran jadi peramugari. tapi berkat nasihat dan semangat yang kau ada ni, aku pun jadi bersemangat nak belajar. teringin juga aku nak dapat dean's list macam kau."beriitahu Mira
"insyaAllah mira, mana ada kemahuan di situ ada jalan. aku yakin kau boleh, Lina kau pun boleh..there is possible to achieve everything is impossible in this world. Yang penting usaha dan doa padaNYa."jelas Dania.
"Baiklah mem."jawab Mira dan Elina serentak.


Selepas menunaikan solat, Mira dan Elina terus tidur. tinggal lah Dania seorang diri berjaga.
Dania memandang jam di dinding, jam menunjukan pukul 11.30mlm.
Dania naik ke katil dan duduk menghadap tingkap. Sepi malam ini tiba-tiba membawa Dania jauh terbang ke awan tinggi. Berfikir dan merenung kembali segala cabaran dan rintangan yang dihadapi sepanjang hidupnya. Dari kecil sampailah kini, pelbagai rintangan dan tamparan melanda. Namun Dania tetap bersyukur ke hadrat Illahi, dengan takdir yang Maha Esa dan pertolongan dari-NYA, dia tabah menjalaninya. Sambil leka melihat bintang-bintang di langit, fikiran Dania menerawang kembali akan kisah-kisah lama. Dia teringat satu-satu wajah keluarganya..Ibu, Ayah, Kak long, Kak ngah dan Abg busu di kampung. walaupun dia anak angkat, namun ayah dan ibu tak oernah membeza-bezakan kasih-sayang diantara anaknya. Sehinggakan Dania tidak pernah rasa dia anak angkat. tapi, jauh dibenak nya, dia teringin untuk berjumpa abah dan ibu kandungnya.hanya gambar mereka menjadi pengubat rindu, hanya dengan gambar itu dia mengenali kedua orang tuanya.sedara mara kandung tidak pernah Dania tahu.menurut cerita ayah, abahnya kahwin dengan ibunya seorang mualaf dan tidak mendapat restu keluarga sehinggakan abah membawa diri ke negeri orang. Namun, Dania bertekad, dia akan mencari asal usulnya, saudara maranya untuk membersihkan nama arwah abah dan ibunya. Dia redha akan ketentuan Illahi, dia percaya apa yang berlaku ada hikmah nya. Dia bersyukur keluarga angkat nya sudi menjaganya, kalau tidak mungkin dia membesar di rumah anak-anak yatim. terlalu banyak jasa dan pengorbanan keluarganya sehingga Dania berjaya seperti sekarang. Jadi, dia berazam untuk belajar bersungguh-sungguh dan mendapat jawatan yang baik untuk tidak menghampakan ayah dan ibu. Dania juga bercita-cita untuk membawa keluarganya menunaikan umrah. Sungguh mulia hatinya..


Kenangan terindah….
Tiba-tiba fikiran dia beralih ke asyraf. kekasih hatinya ketika dia masih di tingakatan empat manakala ashraf di tingkatan enam atas. Dania merupakan seorang pengawas sekolah. Dia mengimbau kembali detik perkenalan mereka. Dania menangkap Asyraf yang dating lambat dan gunakan pintu pagar belakang ke sekolah. Asyraf merayu-rayu supaya diberi pelepasan dan tidak dilaporkan ke guru disiplin. Dania yang tegas, marah dan tetap menulis nama asyraf. Asyraf berlalu darinya dengan perasaan hampa.
Seperti biasa di hari perhimpunan pagi Isnin, selepas perhimpunan berakhir, pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan jumaat lepas dipanggil ke depan untuk di hukum. Dania berdebar bila melihat Asyraf di sebat. Jelas kesakitan terselah diwajah lelaki itu. Dia rasa bersalah. Dia sedar tidak sepatutnya dia beras begitu, sudah memang tugas seorang pengawas menjaga keamanan dan mencegah masalah disiplin. Dia tidak boleh melanggar etika seoarng pengawas untuk mengutamakan belas kasihan. Pada waktu rehat, Dania sekali lagi diarahkan untuk mengawal pintu pagar belakang sekolahnya bersama seorang lagi pengawas. Sedang Dania duduk menjaga, Dania terhidu bau asap rokok dekat dengan tempat nya berada. Tidak berapa jauh darinya, ada tangki air besar, mungkin ada pelajar yang curi hisap rokok di situ. Dania pergi dan jangkaan nya tepat.
Tetapi, terkejutnya bila melihat budak lelaki itu adalah Asyraf. Aduhai, kenapa dia lagi..bentak hati Dania. Asyraf terkejut melihat Dania dekat dibelakangnya sedang merenungnya.
“hah, kau lagi? Nak report lagi ker? Dasar baruah…”kata asyraf
“awak tidak boleh salahkan saya, itu sudah tugas saya..kali ni awak lakukan kesalahan lagi besar tau. Silap-silap boleh kena buang sekolah ni.”balas dania.
“ei, ko jangan nak takutkan aku. Kau ingat sikit ye. Aku senior kau, aku boleh buat apa je yang aku untuk balas dendam. Jangan nak berlagak baik dan nak mengampu sekolah. Bukan dapat faedah pun.”herdik Asyraf.
“Awak ni kan, indah kabar dari rupa. Muka nampak baik…..eh apa ni?” jerit Dania. Tidak sempat Dania habiskan kata-katanya, Asyraf telah bangun dan merentap tangan Dania dan tolak ke dinding tangki, muka Asyraf hampir dengan mukanya, Dania mengigil takut.
“kau jangan jerit! Kalau kau jerit aku boleh buat lagi teruk daripada ni! Lagipun tiada sapa yang dengar”herdik Asyraf.
Dania menurut kerana terlalu takut sambil menangis.
Asyraf dengan berani mencium kedua-dua pipi Dania.selepas itu dia lepaskan Dania.
“Awak!!!”jerit Dania.
“hahaha…kenapa? Nak report kat cikgu? Reportlah.biar semua orang tahu. Saya lagi bangga dapat cium pompuan cantik macam kau ni. Kau tak takut bila mak ayah tahu, aku boleh cakap aku memang bercinta dengan kau. Mesti dorang percaya punye. Okay, aku puas hati sekarang ni, kira langsai suma dendam aku.”terang Asyraf. Asyraf meninggalkan Dania.
Dania terduduk menangis, dia sedih sangat dilakukan sebegitu. Apa salah nya...
Dia takut bila kenangkan kata-kata Asyraf tadi.
Dania hanya mendiamkan diri tanpa becerita pada sesiapa. Setiap kali bertembung dengan Asyraf, Dania mesti bersembunyi malu dan takut.
Tanpa Asyraf sedari, dia selalu teringatkan Dania. Tambahan pula, rakan-rakan sekelasnya selalu becerita tentang kecantikan dan kecerdikan Dania. Dia tertarik untuk mengenal Dania dengan lebih rapat lagi. Namun, Asyraf tiada pelunag untuk dekati Dania. Setiapkali bertembung, Asyraf memanggil Dania tapi tidak diendahkannya.
Pada suatu hari, Dania diberi tanggunjawab untuk mewakili sekolah dalam pertandingan rekacipta secara berkumpulan. Ketua kumpulan nya, Hasnul ingin berjumpa petang itu dirumahnya. Tepat pukul 5 petang suma ahli hadir. Sedang asyik berbincang, Dania perasan gambar didinding rumah Hasnul, ada gambar Asyraf. Rupa-rupanya mereka adik beradik. Dania tidak senang duduk dan rasa berdebar. Memang nasibnya, kebetulan Asyraf baru pulang dari padang bola masuk ke dalam rumah. Dania ketika itu membelakangi pintu, jadi Asyraf tidak perasan. Lega hatinya.
Tiba-tiba Asyraf keluar dengan pakain lain. Mungkin baru lepas mandi. Aysraf menghampiri mereka semua dan bertanya..
“Anul, korang buat apa ni?”
“kitaorang kena masuk pertandingan la bang. Haa..abang kan pandai dalam hal ni. Jom tolong kitaorang cari idea dan buat sekali.”jawab Hasnul sambil yang lain hanya memerhatikan termasuk Dania.
Asyraf terpandang Dania, Dania lekas-lekas tunduk bila nampak Asyraf melihatnya.
“okay, tak ada hal la. Tapi kalau menang nanti kena belanja makan.”balas Asyraf…
Terkedu Dania bila dengar pengakuan lelaki yang buat dajal dengan dia. Marah betul Dania pada Asyraf.
Sekembali dari rumah Hasnul, bagaimana dia nak mengahadapi Asyraf selepas ini. Sudah tentu Asyraf akan hadir sekali di setiap perjumpaan. Dania nekad untuk tarik diri.
Esok hari, bila berjumpa Hasnul di kelas, Dania meluahkan hasratnya untuk menarik diri. Mula-mula Hasnul tidak setuju, tetapi selepas puas dipujuk oleh Dania. Hasnul bersetuju.
“Dania, aku okay je. Tapi berat lah nak lepaskan kau. Kau kan memang kreatif dalam kelas. Tetapi semua keputusan kita kena Tanya Cikgu Azmin.”terang Hasnul.
“baiklah, nanti waktu rehat kita pergi jumpa sama-sama.”balas Dania.
Waktu rehat…..ketika dalam perjalanan ke bilik guru, Dania terkuamat kamit baca doa supaya Cikgu Azmin benarkan dia menarik diri.
“Cikgu, boleh lah cikgu. Saya tak cukup masa. Saya nak focus pada pelajaran”pujuk Dania
“tidak boleh Dania, sekolah dah pilih kamu berlima berdasarkan pencapaian kamu. Tambahan lagi, hasnul kata abangnya akan membantu secara sukarela. Makin senag lah keja kamu.”terang Cikgu Azmin.
“sekolah menaruh harapan tinggi pada kamu tahu. Dulu abang hasnul dan rakan-rakannya mewakili sekolah tapi hanya dapat tempat kedua. Mana tahu kali ini kamu bergabung tenaga boleh jadi johan. Pertandingan itu hanya untuk pelajar tingkatan empat.”tegas Cikgu Azmin.
“baiklah cikgu…”jawab Dania hampa.
“sorry k Dania”balas Hasnul.
Dania tersenyum paksa.


Cinta berputik……..
Asyraf berasa bersalah dan puas mencari jalan untuk minta maaf pada Dania. Setiap kali Asyraf ajak berbual , Dania tolak. Asyraf mendapat idea untuk menulis surat. Tapi tidak juga berhasil. Pada suatu petang ketika perbincangan berakhir, hari hujan lebat. Yang lain sudah balik bersama ayah mereka.
Asyraf yang ada lessen kereta melawa Dania untuk di hantar pulang. Hasnul dan ibu bapanya pun suruh Dania dihantar oleh Asyraf. Dania terpaksa ikut. Di dalam kereta, Asyraf menuyusun bicara memohon maaf.
“awak, saya minta maaf sangat pasal tempoh hari.saya terlalu ikutkan perasaan dan marah saya. Saya tahu kalau saya kerat jari saya pun belum tentu awak boleh maafkan.tapi tolonglah bagi peluang pada say perbetulkan kesilapan saya..”rayu Asyraf.
“apa awak ingat senang ke? Maruah saya mana nak cari!”
“Awak…nak saya kahwin dengan awak ke? Saya boleh cakap kat orang tua saya.”jelas Asyraf.
“Awak ingat apa ni main-main ke?memang betul lah kawan-kawan saya kata awak ni budak nakal. Saya benci awak!” herdik Dania.
“Awak marah makin cantik Dania.saya serius saya nak kawin dengan awak. Saya dah jatuh hati pada awak.saya sanggup tunggu awak habis belajar, kita kahwin nak.?”
“Ei, gila ke apa awak ni
? Awak tolong lah jangan kacau saya lagi.”
Asyraf berhentikan kereta di tepi jalan. Dania gementar tiba-tiba. Apa la yang akan asyraf buat lepas ni.
Asyraf keluar dan menyandar di luar kereta. Hujan lebat sambil kilat sabung menyabung. Dania jadi takut. Hari dah nak maghrib. Tentu ayah dan ibu nya risau di rumah. Dania ketuk tingkap suruh Asyraf masuk, Asyraf geleng. Dania bukak tingkap,
“tolong lah jangan nak tambah kan masalah saya. Sekarang dah nak maghrib ni.”pujuk Dania.
“selagi awak tak maafkan saya, saya tak masuk dan tak hantar awak. Saya sanggup tunggu macam ni.”terang Asyraf.
“eeee…yelah, maaf diterima”bentak Dania geram.
“yes, Berjaya. So lepas ni boleh lah kita berkawan ye.?” Tanya Asyraf.
Dania hanya membatukan diri.
Setibanya di perkarangan rumah Dania….Dania keluar kereta sambil bercakap,
“saya tak pernah maafkan awak!”
Dania terus berlari masuk ke dalam rumah.
Asyraf tumbuk kerusi yang diduduk nya.
“keras jugak hati pompuan ni. Tapi aku akan berjaya dapatkan kau.”Asyraf bermonolog.


Selepas makan malam, Dania terus masuk ke bilik tidurnya untuk siapkan latihan matematik tambahan yang perlu dihantar esok. Sedang khusyuk Dania menyiapkan kerja sekolahnya, Kak Ngah masuk.
“hai adik akak, rajin nya dia.”
“eh, Kak Ngah, baru balik kerja yer?”
“ye la adikku, ha..sape hantar balik tadi? Mak kata ada lelaki hantar balik. Mak risau tau.”
“tu abang Hasnul la kak. Kan Dania ada perbincangan pasal pertandingan rekacipta tu. Hari hujan, mak abah Hasnul suruh Asyraf hantar.”
“oh, Asyraf nama dia. Mesti hensem kan Dania sesedap namanya.”
“la..akak ni kenapa?”
“entah-entah, Asyraf tu minat kat Dania tak?”
“jangan nak mengada-ngada lah akk ni. Dania muda lagi tau. Tak main lah bercionta-cinta ni.”
“bagus-bagus adik akk.dah lah akak nak mandi, solat pastu makan..belajar elok-elok k.”
“okay”
Hilang kelibat akak nya keluar bilik, Dania teringat balik apa yang berlaku dalam kereta tadi. Betulkah Asyraf minta maaf.ikhlas kah dia? Dania terus menanya dirinya. Sedangkan nabi ampunkan umat. Dania sedar, dia juga meminati lelaki itu sudah lama. Cuma rakan-rakanya sudha banyak kali memesan jangan sesekali berkawan dengan Asyraf. Kata mereka Asyraf suka berkawan dengan budak nakal tetapi pandai dalam pelajaran. Dania berfikir sama ada dia ingin menerima pelawaan Asyraf untuk berkawan……….


Bersambung………

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...