Luar Negara : Cegah infeksi kulat kanta lekap
(aku jumpa article ni kt sumwhere ms ak main klik2 je, nampak mcm berguna, so ake repost la)
Menurut kamus Oxford, tembok atau dinding adalah “struktur tegak yang kukuh dan dibuat daripada batu, batu bata, konkrit dan lain-lain yang digunakan untuk memagari, memisah dan melindungi sesuatu.”
Dinding boleh melindungi anda daripada ribut, haiwan liar dan musuh. Ia bertindak sebagai pelindung anda.
Manusia mengambil masa bertahun-tahun untuk membina dinding yang kuat untuk menjaga dan melindung, seperti Tembok Besar Negara China.
Bagaimanapun, jika dinding mempunyai lubang atau bahagian yang lemah, ia gagal memenuhi tujuannya.
Epitelium kornea adalah dinding yang melindungi kornea daripada infeksi. Kebanyakan bakteria dan kulat tidak boleh menembusi kornea yang sihat kerana sel-sel epitelial kornea akan membentuk dinding terhadap serangan bakteria dan kulat.
Kulat Fusarium dikaitkan dengan infeksi kulat berkaitan dengan kanta lekap, yang telah dikenal pasti di Singapura dan Hong Kong baru-baru ini.
Sebanyak 56 orang di Singapura dan 16 orang di Hong Kong telah didiagnos dengan infeksi ini.
Dengan cara yang tidak dapat dipastikan, kulat ini telah menembusi dinding pelindung kornea disebabkan oleh beberapa kemungkinan.
Biasanya, kulat tidak membahayakan kornea kecuali terdapat luka atau kerosakan pada lapisan epitelial. Apabila ini berlaku, kulat dengan filamen panjangnya akan memasuki stroma kornea yang terdiri daripada gentian kolagen.
Filamen-filamen akan tumbuh di sepanjang kolagen dan sebaik sahaja melekat di situ, amat sukar untuk membuangnya.
Di peringkat ini, pakar surgeri mata mungkin perlu menanggalkan seluruh kornea dan menggantikannya dengan kornea baru melalui pembedahan pemindahan. Ini akan menjejaskan penglihatan dengan ketara.
Untuk melindungi mata daripada infeksi, elakkan dinding daripada retak. Dengan itu, anda harus kekalkan keutuhan epitelium kornea untuk mencegah infeksi kulat.
Memakai kanta lekap terlalu lama boleh membahayakan struktur epitelium kornea. Mereka yang memakai kanta lekap berjam-jam setiap hari akan mendapati kanta lekap mereka mengering menjelang malam dan melekat pada kornea.
Sebaik sahaja ia ditanggalkan, epitelium kornea mungkin akan terjejas. Sebaik-baiknya, permukaan kornea haruslah sentiasa lembap dan licin bagi mengelakkan dehidrasi.
Teknologi air mata buatan yang semakin maju telah berjaya menghasilkan larutan kanta lekap serba guna yang mengandungi agen-agen pengekal lembapan seperti Hidroksipropil metil selulosa (HPMC), yang membentuk penghadang lembapan antara kanta lekap dan mata untuk memastikan permukaan kornea kekal licin lebih lama.
Kandungan taurina di dalam larutan kanta lekap serba guna adalah satu lagi ramuan yang membantu menjaga kesihatan dan kekuatan mata.
Ia didapati berkesan untuk mengurangkan simptom-simptom okular yang sederhana dan teruk seperti mata berair dan gatal-gatal dalam mata di kalangan pemakai kanta lekap.
Taurina adalah sejenis asid amino yang terkandung di dalam air mata dan banyak tisu lain termasuk tulang, jantung, otak dan mata. Ia memberikan perlindungan tambahan kepada sel-sel epitelial melalui tiga cara berikut.
* Pertamanya, taurina membantu menanggalkan enapan oksidan yang kerap merosakkan membran sel
* Kedua, ia menetapkan kandungan air di dalam sel epitelial yang jika terdapat terlalu banyak atau terlalu sedikit, boleh merosakkan sel
* Ketiga, ia melindungi protein air mata daripada proses denaturasi yang menyebabkan enapan protein melekat pada kanta lekap dan membawa pelbagai reaksi alergi mata.
Keberkesan disinfektan beberapa larutan kanta lekap serba guna kini semakin ditekankan.
Bagaimanapun, biarpun larutan kanta lekap serba guna mampu membersihkan kanta lekap daripada bakteria, ia mempunyai sedikit impak sahaja ke atas mikrob yang sudah melekat pada mata anda.
Sesetengah larutan serba guna yang mempunyai kuasa disinfeksi yang berlebihan didapati agak toksik dan boleh merosakkan sel-sel epitelial.
Oleh itu, pemilihan larutan serba guna yang memenuhi kriteria disinfeksi FDA/ISO dan membantu mengekalkan keutuhan dinding epitelial kornea adalah penting untuk mencegah infeksi kulat.
Setelah membeli larutan serba guna yang sesuai, amalkan cara pemakaian kanta lekap yang betul.
* Cuci dan keringkan tangan betul-betul sebelum memakai atau menanggalkan kanta lekap
* Gosok setiap permukaan kanta lekap perlahan-lahan selama sekurang-kurangnya 10 saat sebelum membilas dan menyimpannya di dalam larutan serba guna
* Selepas memakai kanta lekap, bersih dan biarkan bekas kanta lekap kering dengan sendiri
* Gantikan larutan serba guna di dalam bekas kanta lekap anda dengan yang baru setiap hari
* Gantikan bekas menyimpan kanta lekap anda sekali setiap tiga bulan.
*Buangkan larutan kanta lekap yang telah tamat tempoh
* Jangan memakai kanta lekap melebihi masa yang telah ditetapkan
* Berhenti memakai kanta lekap jika mengalami simptom-simptom luar biasa dan dapatkan rundingan perubatan jika perlu.
Tip memakai kanta lekap
Jika anda tergolong di kalangan beribu pemakai kanta lekap di Malaysia, anda harus menjaganya dengan baik, terutama sekali dalam keadaan persekitaran yang kering.
Sebenarnya, ketidakselesaan akibat kekeringan adalah salah satu sebab utama ramai pengguna berhenti memakai kanta lekap.
Untuk sentiasa memastikan keselesaan mata anda, kami menyediakan beberapa tip pemakaian, penyimpanan dan penjagaan kanta lekap:
* Bersihkan kanta lekap anda dengan disinfektan setiap hari
* Basuh tangan anda sebelum memegang kanta lekap - sebaik-baiknya gunakan sabun tanpa wangian
* Jangan gunakan air liur, air suling, air paip atau larutan salina yang dibuat sendiri dan tidak disterilkan untuk membersih kanta lekap anda
* Semua larutan disinfektan adalah berlainan. Jadi, untuk melindungi kanta lekap daripada mengering, pilihlah larutan serba guna yang mengandungi pelembap seperti taurina untuk memanjangkan keselesaan pemakaiannya
* Bersihkan bekas kanta lekap anda sekurang-kurangnya sekali seminggu dan biarkan ia kering dengan sendiri
* Jangan biarkan hujung botol larutan anda menyentuh sebarang permukaan, termasuk kanta lekap anda untuk mengelaknya daripada tercemar
* Pakai kanta lekap dahulu sebelum mengenakan mekap mata, dan tanggalkan kanta lekap dahulu sebelum membersihkan mekap
* Jangan tidur memakai kanta lekap kecuali mendapat arahan doktor. Memakai kanta lekap semalaman, walaupun sekejap sahaja, adalah lebih memudaratkan daripada menanggalkannya setiap malam
* Jangan memakai kanta lekap melebihi masa yang telah ditetapkan. Jika anda tidak sempat menggantikannya, pakailah cermin mata buat sementara waktu
* Gunakan kosmetik berasaskan air semasa memakai kanta lekap
* Dapatkan pemeriksaan mata yang lengkap setiap 12 bulan, termasuk ujian untuk glaukoma, katarak dan degenerasi makular. Golongan berumur dan penghidap diabetes patut mendapatkan pemeriksaan yang lebih kerap daripada ahli optometris.
Artikel ini disumbangkan oleh Advanced Medical Optics, pembekal Complete Moisture Plus.
Aku jadi tertanya2...dah lah aku salah sorg pengguna lense..leceh nye