SELAMAT DATANG-WELCOME-AHLAN WA SAHLAN

Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts

Semua contengan di sini adalah hak cipta terpelihara tuan tanah. Segala salinan dan tampalan tidak dibenarkan sama sekali ya!!! Apa jua hasil paparan di sini adalah titik peluh dan perah otak tuan tanah. Tuan tanah punya hak mutlak untuk buat apa sahaja. Sebarang komen membina dan menghina di jemput dengan tangan terbuka. Kepada yang berminat dan sokong, jutaan terima kasih ya. Pada yang tak suka dan dengki, terima kasih juga ya. No body perfects, i've tried my best.Blog ini hanya lah untuk hiburan, menjadi kawan dan diari tuan tanah. Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam..!!!Thank you for visiting this blog. Please enjoy...(^__^)

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers

Sunday, October 23, 2011

Release tension ke Giant

tension dan stress,,,,memang tak boleh nak lari kan???

arini aku malas nak tengok langsung keja-keja yang bawak balik umah.. Kertas-kertas script jawapan student aku jeling sebelah mata je..hahaha,,tak sedar diri walhal minggu depan dah nak kene submit everything okay....

terlanjur pegi giant tadi, aku beli macam-macam gak lah. Dari satu lorong ke satu lorong aku pegi.. then,,tetiba aku jumpa benda ni....


poyo tak??? hahaha,,hopefully ade lah masa aku nak exercise dengan drumbell ni.. lately, badan cepat sangat rasa kebas dan lenguh... dah lama tak exercise, makan tak menentu, tidur dan rehat pun tak menentu.....
mula nak beli racket badminton, tapi bila pikir balik nanti kalau takde kawan macamne nak main kan???

drumbell pun drumbell lahh....


chaiyokkkkk amoy...

you have to lose ur weight by this november.....!!!

then,, sempat lah aku singgah ke anakku tadi beli hadiah untuk my sister and my sister in law... for new born babies in our family....


Macaroni Carbonara ala malay style

Yuhuuuu..... hari ni amoy nak share post special..kenapa special sebabnye for the first time amoy masak western style nih.. sebelum ni tengok je orang masak takpun makan je yang orang masak..

Semuanya bermula bila pergi giant tadi nak beli barang-barang keperluan kereta, pusing-pusing giant terpandang udang yg segar bugar.. ermm,tetiba macam nak masak, lama dah tak masak sebab sibuk... then, teringat lah pulak, aritu kat opis ade opismate bawak spaghetti carbonara.. dan diwaktu itu juga teringat kat rumah, still ada baki makaroni tempoha hari...pe lagi....start lah cari bahan-bahan nya... kat situ jugak aku google resepi guna blackberry.. nasib ade ko blackberry ku...hahahah




ni lah hasilnya....erm, tak tahu lah sedap tak... first try kan... tapi yang ni aku guna paste ready made.. nak wat yang original tak tahu... kol my sister dia bagi resepi,, alamak macam leceh je..beli yang dalam tin je lah ek...hahaha....


RESEPI dari aku...hahaha..setelah diolah sendiri dan dicampur-campur dari resepi yang lain..

Bahan-bahan:

1 tin    Carbonara Prego tin biru (boleh juga guna Cheese & Herb Prego tin kuning)
1 tin    Mushroom ayam brand
1 ketul  Dada ayam
200g  Isi udang
Sedikit Cheese pamesan/ cheese cream (saya tak letak sebab tak suka rasa cheese yang kuat)
Sedikit susu segar (saya tak letak....takut muak sangat sebab tekak melayu)


Bahan tumisan:

1 biji   Bawang merah di mayang/didadu
3 ulas  Bawang putih dicincang/ditumbuk
Sedikit Lada sulah
Sedikit Lada Hitam
Sedikit serbuk perasa (saya pakai kiub ayam)

Pasta:
Macaroni hendak lah direbus dahulu dengan dicampur sedikit minyak zaitun dan garam (tapi saya pakai minyak masak je)


Hiasan:
Tomato
Daun Pasley
Cili Kampung dimayang -bagi mereka yang suka pedas..hehehe


Cara-cara:
  1. Tumis semua bahan sampai naik bau wangi.
  2. Masukkan isi ayam dan kacau sehingga ayam masak dan kering air
  3. Tuangkan prego 1 tin tadi dan kacau hingga rata
  4. Tambahkan sedikit bahan perasa, lada sulah, lada hitam, kiub ayam dan gaul.
  5. Tambahkan isi udang dan kacau lagi sehingga menggelegak.
  6. Bagi mereka yang suka kan lebih cheese, tambahkan cheese dan susu segar.
  7. setelah itu campurkan tomata yang dipoton dadu untuk hiasan. Boleh tambah cili benggala jika mahu ataupun aple hijau.
  8. Saya tambah cili potong untuk tambah pedas yer...heheheheh..yang ni optional...
  9. Kemudian bolehlah dihidangkan dengan markaroni yang dah direbus dan ditoskan.

Info tambahan:
Ade sesetengah resepi mereka menggunakan telur, sebab tu kita tengok sesetengah carbonara dia macam likat dan bersalut ketul-ketul. Kalau nak cuba silakan lah yer..tapi saya malassss...hahahahahaha


Yeayyyy,,yummy!!!!

Tuesday, October 18, 2011

Rector's List


Just realize my name in the list when one of my friends tagged me in facebook. The lucjiest number for me but the bad number for america------13.

Alhamdulillah...at least there is something... 15 students are listed among all students in Bachelors of Business Administration...

Struggling and successfulness is not over yet... Gambate!!!

Bila anak kata : Ala la la mak, saya nak kahwin!!

Assalammualaikum w.b.t dan Salam seantero pade semua bloggers...

Yuhuuu,, apa ada pada perkataan K.A.H.W.I.N???


haaa,,saya percaya ada diantara kita yang dah pun berhasrat nak berkahwin. Betul?? Tentu ada yang dah mula memeterai janji dengan teman lelaki masing-masing.. Ada yang dah betul-betul serius dan sudah berbincang mengenai masa depan bersama. Dan ada yang diantaranya pasangan yang kedua-duanya masih lagi belajar, atau pun salah seorang sedang belajar dan atau pun kedua-duanya sudah pun bekerja.

Bagi mereka yang sudahpun menyuakan hasrat pada kedua ibu bapa masing-masing baguslah. Sekurang-kurangnya hasrat dan niat murni itu telah disampaikan dan selebihnya terserah pada pertimbangan kedua ibubapa kita.

Kali ini saya nak share beberapa post dari sebahagian blog dan juga kata-kata dari seorang ustaz atau  pihak yang pakar mengenai hal ini. Bila cakap pasal kahwin ni pelbagai aspek akan kita pertimbangkan.

Disamping itu juga, pelbagai isu dan masalah yang timbul apabila seorang anak memaklumkan hasrat mereka untuk berkahwin. Di antaranya ialah:

  1. Ibubapa menghalang anaknya yang masih lagi belajar unutk berkahwin.
  2. Ibubapa menghalang kerana pasangan yang dipilih tidak setaraf pangkat atau darjat.
  3. Ibubapa menghalang kerana anaknya yang baru sahaja bekerja dan bimbang jika anaknya berkahwin kelak, sukar untuk mereka menumpang senang.

Anda jangan kata say mengadakan cerita ye, semua ini saya peroleh setelah merujuk beberapa article dan post. Di sini saya sertakan quotation yang saya perolehi.




Ya,,sesetengah berpendapat bahawa, kita tidak boleh sewenang-wenangnya membenarkan seseorang itu berkahwin terutama bila melibatkan perkahwinan di bawah umur. Tapi selagi syarat-syarat memunuhi syarak dan berkemampuan, apa salahnya.



Turut tertarik minat saya terhadap post dalam halaqah.net yang mengatakan pendapatnya bahawa:,


Walaubagaimanapun, perbincangan yang rapi dan berkonsepkan musyawarah amatlah digalakkan dalam Islam. Ibubapa boleh menilai kembali keadaan anak mereka itu samada mampu untuk mendirikan rumahtangga. Jika keadaan masih boleh dikawal, si anak mungkin boleh menangguhkan hasratnya. Namun, ibubapa perlu menggunakan pendekatan yang baik dan lembut dalam menangani hal ini terutama bila si anak masih lagi belajar dan dibawah tanggungan penuh si ayah dan ibu. Tetapi, bila si anak telah pun bekerjaya, janganlah dihalang sekeras-kerasnya kerana sia anak mampu. Jika pilihan si anak itu melanggar hukum syarak seperti seorang yang memudaratkan, peminum arak, penzina atau sebagainya. Hal ini dibolehkan untuk menyuarakan halangan kepada si anak kerana kuatiri memudaratkan si anak dan juga agama serta keturunan.

Rasulullah SAW bersabda, bermaksud: "Wahai para pemuda! Sesiapa yang berkemampuan maka hendaklah dia berkahwin kerana sesungguhnya perkahwinan itu lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak berkemampuan maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu pendindingnya".

Selain itu juga, saya paling tidak setuju bila perkahwinan yang dipersetujui dilaksanakan dengan besar-besaran. Atau si ibubapa perempuan meminta hantaran yang mahal atas alasan barang mahal, atau jua sengaja diletakkan supaya pihak lelaki rasa terbeban dan menangguhkan hasrat untuk berkahwin. Astaghfirullah... Bukan kah nanti lepas perkahwinan itu, bebanan itu juga kan ditanggung oleh si anak perempuannya?? yang lelaki tadi akan jadi suaminya....

Kita lihat pandangan dari Bekas Mufti Perak, Dr Asri yang saya petik dari blognya:

Apatah jika keluarga membebankan semua belanja kepada bakal pengantin. Maka bakal pengantin terpaksa mengikat ‘nafsu seks’ hanya kerana hendak menjaga nafsu menunjuk-nunjuk keluarga. Walaupun kenduri kahwin itu disuruh, namun memadailah dengan kadar yang termampu. Tidak semestinya ‘ditumbangkan’ seekor lembu, atau dipanggil orang sekampung atau sebandar, atau dijemput semua rakan taulan.
Seseorang mengadakannya dengan kadar kemampuannya, seperti sabda Nabi s.a.w:
“Buatlah walimah walaupun sekadar seekor kambing” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam ertikata lain, jika hanya mampu kenduri laksa, atau bihun atau mee pun tidak mengapa, asalkan diadakan walimah. Apa yang penting perkahwinan yang halal telah dilunaskan. Janganlah macam orang dulu apabila anaknya sebut ingin berkahwin, bapanya akan bertanya; “kau dah ada lembu ke nak buat kenduri?”. Maka bertangguhlah hasrat si anak. Padahal bukan anaknya ingin berkahwin dengan lembu, dia ingin berkahwin dengan kekasihnya.

Tambahan lagi, menurut Ustaz Asri:,

Sepatutnya si bapa bertanya: “kau dah ada pasangan ke?”. Itulah soalan yang betul. Lembu tidak termasuk dalam rukun nikah. Apa yang lebih buruk apabila ada pihak yang menjadikan medan walimah sebagai pentas menunjuk-nunjuk kekayaan harta lalu hanya dijemput orang yang ‘berjenama’ dan ditinggalkan saudara-mara, kawan-rakan, jiran-tetangga yang tidak setaraf.
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seburuk makanan adalah makanan walimah yang dijemput orang kaya dan ditinggalkan orang miskin..” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Maka, menderitakan bakal suami-isteri disebabkan keangkuhan keluarga.

Saya bukan anti kursus kahwin. Amat baik kursus tersebut jika diuruskan dengan mantap dan betul. Dalam kursus tersebut boleh disampaikan maklumat hukum-hakam nikah yang disyariatkan Allah sehingga generasi muda dapat melihat betapa cantik dan indahnya Islam. Syariat Islam yang mudah dan penuh hikmat dapat diserap dalam pemikiran bakal pasangan, kursusnya mereka yang masih muda. Agar mereka dapat menyelami kehebatan ajaran Islam ini. Maka kursus itu menjadi saluran dakwah penuh professional, mantap, berkesan dalam jiwa dan penghayatan.

Source:http://drmaza.com/home/?p=501

Turut saya perolehi sesi soala jawab di sebuah laman blog:,

seandainya anda telah berkemampuan maka anda wajib berkahwin.  anda hendaklah menjelaskan kepada keluarga anda bahawa langkah bendul adalah merupakan adat sahaja bukan hukum agama.
1. DALIL DARI AL-QURAN

Firman Allah Taala:

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu”. (Surah al-Nuur: 32)

Ayat di atas merupakan satu anjuran yang ditujukan kepada orang-orang yang tidak mempunyai isteri supaya berkahwin.

“Maka janganlah kamu (para wali) menghalangi mereka kahwin lagi dengan bakal suaminya”. 
(Surah al-Baqarah: 232)

Ayat di atas merupakan larangan dari Allah Taala kepada ibubapa yang enggan atau menghalang perkahwinan anak-anak perempuan mereka.. keluarga akan menanggung dosa si anak jika sekiranya berlaku perkara d luar jangkaan ( maksiat ) dengan menghalang perkahwinan daripada berlaku. -na'uzubillah

Source:http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/38116

Pada pandangan saya, ibubapa tetap berhak menyuarakan pendapat dan nasihat dalam isu perkahwinan anak-anak mereka. Lebih-lebih lagi ini akan menentukan masa depan anak-anak dalam membina keluarga dan zuriat yang soleh dan diredhai. Bersama-samalah menyelesaikan dan mencari keputusan yang dipersetujui bersama kedua belah pihak. Solat istikharah, solat hajat dan doa yang berterusan adalah alternative terbaik didalam memecah kebuntuan.



Wallahu'alam..... 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...