SELAMAT DATANG-WELCOME-AHLAN WA SAHLAN

Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts

Semua contengan di sini adalah hak cipta terpelihara tuan tanah. Segala salinan dan tampalan tidak dibenarkan sama sekali ya!!! Apa jua hasil paparan di sini adalah titik peluh dan perah otak tuan tanah. Tuan tanah punya hak mutlak untuk buat apa sahaja. Sebarang komen membina dan menghina di jemput dengan tangan terbuka. Kepada yang berminat dan sokong, jutaan terima kasih ya. Pada yang tak suka dan dengki, terima kasih juga ya. No body perfects, i've tried my best.Blog ini hanya lah untuk hiburan, menjadi kawan dan diari tuan tanah. Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam..!!!Thank you for visiting this blog. Please enjoy...(^__^)

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers

Tuesday, February 16, 2010

Permohonan KPLI dibuka sekarang...

PERMOHONAN KPLI DIBUKA SEKARANG






Salam satu Malaysia. Hye semua....sebentar tadi saya melayari beberapa laman web mengenai permohonan KPLI dan juga DPLI. Hajat sebenar ingin membantu sahabat karib saya yang berminat untuk memohonnya. Alhamdulillah, saya menjumpainya... Dan sekarang saya ingin kongsikan pada semua yang mungkin terlepas pandang dan tidak perasan akan permohonan ini....


Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Mod Sepenuh Masa di Institut Pendidikan Guru.

Untuk makluman lanjut, anda semua leh melayari laman web http://www.moe.gov.my sendiri.
Saya hanya tolong menyampaikan sahaja untuk perkongsian semua...Selamat Mencuba...

Ingat yer,,rezeki tu ada di mana-mana sahaja...
Zaman sekarang, jangan memilih kerja...
Mengajar itu suatu kerja yang paling mulia....
Berguna untuk saham akhirat..

Bak kata-kata ini....

Seseorang itu mati akan meninggalkan..

1-Doa-doa anak yang soleh dan solehah
2-Amal jariah
3-Ilmu yang diamalkan

haaa...so dengan mengajar, kita dapat menyebarkan ilmu yang bermanfaat pada semua, dan ia bakal diturunkan kepada generasi ke satu generasi. Selagi ilmu itu dipergunakan, InsyaAllah ganjaran pahala untuk kita...
Berkempen pulak saya ni..hehe..



Anda juga boleh melayari link2 ini untuk maklumat lanjut:-


ALL THE BEST TO YOU.......

Monday, February 15, 2010

Lontaran suara hati

Nape orang suka cakap aku buat sesuatu yang memang aku tak buat????

Biarkan mereka berkata selagi boleh,aku redha..TQ pada mereka....semoga Allah berkati mereka....

Please believe in me..... Its only me..im never changed for you....

Kenapa hanya diukur kesilapan yang hanya sekali??? Sedangkan manusia tidak pernah kari dari melakukan kesilapan. Tiada siapa yang sempurna di dunia ini... Segala kebaikan yang pernah dilakukan terus punah berkecai bersama kesilpan yang hanya sekali itu.....

Hina sangat ke diri ini? Jahat sangat ke diri ini?

Manusia tidak sama semuanya,,rambut sama hitam, hati lain-lain..

Jangan dilihat rupa paras yang cantik, suara yang merdu, harta yang banyak... kerana itu tidak menjamin kebaikan, budi pekerti sesorang, dan bukan pengukur tahap keimanan sesorang.. Nilai lah dari dalam hati yang luhur.... Biarpun rupanya biasa, suaranya kasar, lontaran percakapan menyakitkan hati, harta yang sederhana, tetapi, hatinya ikhlas dan suci....jauh lebih baik dari orang yang cantik, mulut berbicara manis tetapi memiliki hati yang busuk...

Sanggupkah kita terus di kecam sebagai "Melayu Mudah Lupa"????
Sanggupkah kita dikatakan "Melayu Pemusnah Bangsa Sendiri"???
Sanggupkah kita dilabelkan sebgai "Melayu Pemalas"???
Fikir-fikirkanlah.....

Sekali kau berada di bawah, bukan selamanya kau di situ...
Kau juga mampu berada di atas, tetapi bukan percuma...
Kau kena bangkit dengan usaha yang jitu...
Barulah kau mampu bergerak ke arahnya...!

Sunday, February 14, 2010

Selamat Pengantin Baru: Yusri&Zura

SELAMAT PENGANTIN BARU YUSRI & ZURA

Hari ini, tanggal 14 Februari 2010, saya dan teman-teman menghadiri Majlis Walimatul'urus di antara Yusri dan Zura bertempat di Sungai Buloh, Selangor. Majlis ini merupakan majlis resepsi rumah pengantin lelaki. Majlis sebelah pengantin perempuan selamat dilangsungkan pada 31 Januari yang lalu selepas diijabkabul pada 30 Januari 2010. Malangnya, ramai sahabat yang tidak dapat mengahadiri majlis ketika itu berikutan cuti pertengahan semester yang berlangsung serentak. Saya juga tidak terkecuali. hehehehe.....







Kami bertolak dari UIA pada pukul 11 pagi dan sampai ke rumah pengantin pada 12.10 pagi. Alhamdulillah, tiba juga kami ke destinasi selepas bebrapa kali tersalah jalan. Faham-faham sajalah, jalan raya sekarang, kalau silap masuk lorong, dah ke lain kita dibawanya. So, terpaksalah U-turn.... Tiba sahaja di sana, kami di sambut oleh ibu pengantin lelaki dan kami dibawa untuk menjamu selera. Ya, hari ini saya berpeluang makan "nasi minyak" zura, lepas ni sape tahu, berkat seri pengantin, saya dapat merasa makan "nasi minyak" sendiri...hehehehe






Selang bebapa minit kami menjamu selera, kedua pengantin tiba diiringi paluan kompang. Meriah betul suasana ketika itu. Masing-masing makan cepat untuk menyaksikan ketibaan mereka. Pengantin disambut dengan persembahan silat gayung makrifah yang memakai baju serab hijau dan kemudiannya pengantin diiringi dengan "selawat pengantin".





Setelah pengantin masuk ke rumah untuk sesi persandingan, kami tidak melepaskan peluang untuk merakamkan kenangan bersama di atas pelamin. Saat-saat inilah yang akan menjadi kenangan manis bersama 5 atau 10 tahun akan datang.






Selepas puas bergambar, pengantin meneruskan acara dengan sesi makan beradap. Pengantin dihiburkan oleh persembahan tarian oleh adik-adik manis serba merah, sedondon dengan tema pakaian pengantin yang serba "maroon". Kami juga terus meminta diri untuk beransur pulang kerana masing-amsing ada agenda sendiri di sebelah petang.

Semoga Yusri dan Zura berbahagia ke akhirnya dan dilimpahi keberkatan oleh Allah s.w.t...amin

Sekian.....

Cinta Demokratik????

Cinta??? Apa itu cinta?? Sukar untuk dimengertikan bukan?? ianya terlalu subjective untuk di nilai dan digambarkan.. hanya insan yang sedang melaluinya boleh memberi takrifan mereka.. Itupun, berlainan orang, berlainan pandangannya..... Begitu juga aku....

Urmmmm....cinta??? Sepanjang tempoh bercinta itu,, segala rasa telah mereka alami... Di kala terjatuh, mereka bertatih perlahan-lahan untuk bangun mengejar kembali cinta itu... Di kala bumbung cinta itu runtuh di tiup angin dan di timpa hujan lebat, mereka bangkit jua untuk panjat dan kukuhkan kembali bumbung-bumbung itu... Di kala cinta itu membawa merekau ke taman indah,,merekaberusaha untuk memagari taman-taman itu agar mereka terkurung di situ dan selamanya hidup di taman yang indah... Tetapi siapa mereka untuk menentukannya bukan??

Di saat ini, tiba-tiba, hatiku dan mindaku berkata dan tertanya-tanya... Wujudkah cinta demokratik??? atau cinta autonomy? Bagaimana pula cinta birokrasi?? Cinta karismatik?? Ooops... aku telah samakan cinta itu seakan style of leadership dan kepimpinan. Boleh jadi juga kan semua itu wujud?? Leadership wujud di mana-mana kan.. Mungkin wujud juga di dalam cinta, tetapi dalam konteks yang berlainan.

Cinta demokratik??? lebih menarik perhatian ku untuk menganalisanya???

adakah ini yang dikatakan cinta demokratik????

A: Baby, u tak boleh wat macam ni... I tak suka... U ni agak-agaklah kan..
B: Erm..okay..u tak suka ke? I ikhlas... tapi U tak suka.. I cuba ubah...n tak wat lagi

B:Hubby, U ni nape macam ni.. i teringin U macam tu....tapi u tak pernah pun kisah...
A: Eh U ni,, I da cuba.. U sedar ke semua tu?? U macam tak puas ati je....
B: Bukan macam tu...I just nak terus terang, bolehkan?? give and take lah.. I leh ikut pe U suka n U tak suka..Takkan U tak boleh wat yang sama?

ha...macam tu ke???? yang ni pulak??

A: baby, U jangan kacau I untuk 3 hari.. U tak boleh keluar selama tu..Faham??
B: baik hubby....

Ish....scary nyer..taknak lah..huhuhu

continue......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...