SELAMAT DATANG-WELCOME-AHLAN WA SAHLAN

Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts

Semua contengan di sini adalah hak cipta terpelihara tuan tanah. Segala salinan dan tampalan tidak dibenarkan sama sekali ya!!! Apa jua hasil paparan di sini adalah titik peluh dan perah otak tuan tanah. Tuan tanah punya hak mutlak untuk buat apa sahaja. Sebarang komen membina dan menghina di jemput dengan tangan terbuka. Kepada yang berminat dan sokong, jutaan terima kasih ya. Pada yang tak suka dan dengki, terima kasih juga ya. No body perfects, i've tried my best.Blog ini hanya lah untuk hiburan, menjadi kawan dan diari tuan tanah. Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam..!!!Thank you for visiting this blog. Please enjoy...(^__^)

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers

Tuesday, June 7, 2011

Gangguan Tidur-Dengkur

Dengkuran bukan saja boleh menjejaskan kualiti tidur seseorang, tetapi turut menyebabkan pasangan tidak boleh melelapkan mata akibat didendangkan bunyi yang menyakitkan telinga.



Walaupun ramai menganggapnya perkara biasa, ia sebenarnya memalukan, terutama jika ada di khalayak ramai seperti berdengkur dalam kapal terbang!

Bagaimanapun, ia dikira masih ‘ok’ berbanding jika anda terlelap ketika memandu. Peristiwa ini dialami seorang rakan yang apabila tersedar daripada lelapnya, dia mendapati dirinya terbaring di atas katil hospital dengan tangan berbalut selepas terbabit dalam kemalangan.

Mengantuk antara kesan dialami apabila seseorang tidur berdengkur kerana dengkuran boleh membuatkan kita kerap terjaga. Individu yang berdengkur juga mengalami masalah mengantuk pada waktu siang, kurang aktif dan tidak dapat menumpukan perhatian pada kerja.


Oleh kerana ia dianggap memalukan, tidak ramai mengaku mereka tidur berdengkur. Sebenarnya, semua orang berdengkur pada satu-satu masa dalam hidupnya. Malah, kanak-kanak berusia dua tahun ke atas yang tidur berdengkur juga dianggap normal.


Di Malaysia, dianggarkan lebih lima juta rakyat negara kita berdengkur. Kajian mendapati dalam populasi sesebuah negara, secara purata 45 peratus lelaki dan 30 peratus wanita berdengkur pada kadar biasa.

Kajian Synovate Omnibus pada Jun 2008 ke atas 1,006 penduduk Semenanjung Malaysia mendapati, empat daripada 10 orang berdengkur, 36 peratus mengakui dengkuran mereka mengganggu tidur pasangan dan 53 peratus lagi mendakwa tidur terganggu akibat dengkuran pasangan.

Ketua Pemasaran GlaxoSmithKline Consumer Healthcare (GSK), Vong Yuit Meng, yang membentangkan hasil kajian berkata, walaupun lebih 50 peratus mengalami mengalami gangguan tidur akibat dengkur, sembilan daripada 10 tidak berbuat apa-apa untuk mengatasi masalah itu.



Soal selidik berkenaan menunjukkan kebanyakan orang yang berdengkur adalah lelaki (57 peratus berbanding 43 peratus wanita), berkahwin (62 peratus berbanding 38 peratus) dan berbangsa Melayu iaitu 63 peratus berbanding Cina (26 peratus) dan India (11 peratus).

Menurut Perunding Bedah Telinga, Hidung dan Tekak Hospital Lam Wah Ee, Pulau Pinang, Dr Gopalan Nair, dengkuran adalah bunyi yang terhasil apabila saluran pernafasan tersekat ketika tidur. Jika seseorang berdengkur, ia menandakan saluran pernafasannya terhalang seketika.

“Ketika tidur, otot pada lelangit lembut (bahagian tisu lembut pada hujung lelangit yang kelihatan tergantung dan berhampiran dengan tekak, dipanggil uvula), lidah dan kerongkong akan berehat.

“Jika tisu dalam kerongkong dalam keadaan terlalu rehat, ia bergetar. Getaran ini menghalang serta menyempitkan laluan udara. Apabila keadaan ini berlaku, tekanan dalam kerongkong menjadi tinggi.

“Semakin tinggi tekanan, semakin kuat getaran tisu dalam kerongkong dan keadaan ini menyebabkan bunyi dengkur. Dengkuran menjadi lebih kuat jika tekanan dalam saluran pernafasan semakin tinggi.



“Untuk mengatasi perkara ini, mulut secara automatik terbuka bagi membolehkan lebih banyak udara masuk,” katanya pada pelancaran pelekap hidung Breathe Right Nasal Strips (BRNS) anjuran GSK.

Ini adalah pelekap hidung tanpa ubat pertama di Malaysia untuk membantu mengurangkan masalah dengkuran. Ia dibuat daripada spring plastik yang perlu dilekatkan di bahagian paling lebar di atas tulang hidung.

Bagaimanapun, punca dengkuran kanak-kanak berbeza dengan orang dewasa. Dengkuran kanak-kanak biasanya disebabkan masalah tonsil atau adenoid (pengumpulan tisu limfatik pada bahagian belakang hidung). Rawatan untuk kanak-kanak berdengkur juga lebih mudah iaitu dengan membuang tonsil yang bengkak atau besar.

“Pada kanak-kanak dengkuran dianggap perkara normal, tetapi jika berlanjutan sehingga dewasa ia menjadi gangguan bukan saja pada individu berkenaan, tetapi kepada pasangan atau orang lain yang tidur berhampiran,” katanya.



Dr Gopalan berkata, beberapa perkara lain boleh membuatkan seseorang itu berdengkur iaitu:

# Bentuk mulut iaitu sama ada lelangit lembut terlalu rendah, uvula panjang, lidah terlalu besar atau tonsil bersaiz besar — semuanya boleh menghalang saluran udara.

# Kegemukan juga menyebabkan saiz empat bahagian berkenaan bertambah dan mengakibatkan dengkuran bertambah teruk.

# Terlalu letih.

# Minum banyak minuman keras sebelum tidur.

# Masalah saluran pernafasan.

# Mengalami masalah apnea. 

Seseorang itu dikatakan mengalami apnea apabila pernafasannya terhenti seketika dan berdengkur kuat. Dengkuran berhenti seketika, biasanya lebih kurang 10 saat. Apabila badan mengalami masalah kekurangan oksigen dan berlebihan karbon dioksida, individu berkenaan terjaga diikuti dengan dengkuran kuat. Dengkuran akibat apnea mempunyai rentak tertentu.

Berdengkur bukan penyakit, tetapi ia dikategorikan sebagai masalah perubatan, terutama bagi individu yang alami apnea tidur. Ia boleh meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat penyakit lain. Ini kerana jika dengkur akibat apnea, pernafasan seseorang itu terhenti seketika sama ada 10 saat atau lebih.

Apabila nafas terhenti, badan mengalami masalah kekurangan oksigen. Kekurangan oksigen memberi tekanan kepada jantung untuk berfungsi dengan cekap. Lebih kerap nafas terhenti, tekanan darah menjadi lebih tinggi yang boleh mengakibatkan serangan jantung dan strok.

Tidur yang tidak nyenyak juga ada kesan sampingan seperti tidak cukup tidur, keletihan, sakit kepala pada waktu pagi, hilang tumpuan dan tertekan. Lebih membimbangkan jika seseorang itu terlelap ketika memandu yang boleh menyebabkan kemalangan.

Rawatan

Banyak kaedah digunakan untuk merawat dengkur seperti:

# Perubahan gaya hidup; khususnya bagi individu yang terlalu gemuk perlu mengurangkan berat badan.

# Elak minum minuman keras serta merokok sebelum tidur.

# Mengubah posisi ketika tidur dikatakan dapat membantu mengurangkan masalah dengkur. Masalah ini lebih jelas jika tidur terlentang berbanding tidur mengiring.

# Semburan hidung.

# Pembedahan konvensional yang dipanggil uvulopalatopharyngoplasty (UPPP) untuk membuang sedikit tisu uvula untuk meluaskan saluran pernafasan.

# Pembedahan laser (LAUP) bagi membuang tisu uvula untuk mengurangkan getaran tisu dalam kerongkong ketika tidur.

Bagaimanapun, kini ada cara lebih mudah untuk mengurangkan masalah berdengkur iaitu dengan penggunaan pelekap hidung. Kajian menunjukkan pelekap ini boleh digunakan untuk hampir 75 peratus saiz hidung penduduk dunia, khususnya bagi golongan dewasa dan kanak-kanak berumur lima tahun ke atas. Ia tidak digalakkan untuk kanak-kanak di bawah lima tahun kerana hidung mereka terlalu kecil untuk dilekapkan pelekap berkenaan.

Pelekap hidung ini memberi tindak balas refleks apabila dilekatkan pada hidung. Serta-merta ia ‘menarik’ dan mengembangkan kedua-dua rongga hidung yang menambah kemasukan udara sebanyak 31 peratus.

Apabila seseorang bernafas melalui hidung, secara automatik mulut tertutup dan ini mengurangkan tahap bunyi dan kekerapan berdengkur. Bagaimanapun, kesan ini tidak berlaku serta-merta dan ia perlu digunakan sekurang-kurangnya seminggu bagi membolehkan badan menyesuaikan diri dengan pertambahan kemasukan udara melalui hidung.

Kira-kira 65 peratus pengguna mendakwa dapat tidur lebih lena dan kurang terjaga malam, manakala 90 peratus berkata mereka tidak lagi mengalami masalah mengantuk pada waktu siang dan boleh memberi tumpuan dengan lebih baik.

Pelekap hidung ini membantu pernafasan dan mengurangkan tahap bunyi dengkur kepada 75 peratus individu berdengkur. Ia dianggap penting kerana individu yang berdengkur dan pasangan boleh tidur lebih lena dan mendapat rehat secukupnya.

Lebih menarik, pelekap hidung ini juga boleh digunakan individu yang berdepan masalah hidung tersumbat seperti ketika selesema atau mengalami alahan rinitis. Ia juga terbukti secara klinikal dapat memberi kelegaan segera kepada masalah ini dengan mengembangkan rongga hidung.

Ia sesuai digunakan semua peringkat umur, termasuk wanita hamil, menyusukan anak dan individu yang mengambil ubat akibat masalah kesihatan lain kerana ia tidak mengandungi ubat. Jadi isu bimbang berlaku tindak balas silang antara ubat tidak timbul.

Bagaimanapun, pelekap ini tidak disarankan untuk individu yang mengalami apnea tidur kerana ia dikategorikan sebagai masalah lebih serius dan perlu mendapat rawatan sewajarnya secepat mungkin. Dengkuran akibat apnea tidur tidak dapat diatasi dengan penggunaan pelekap hidung.

Rawatan untuk apnea tidur bersifat individu kerana keadaan setiap orang berbeza mengikut tahap keterukan masalah mereka. Cara mudah untuk mengatasi masalah dengkur akibat apnea ialah:

# Mengurangkan berat badan (orang gemuk berdengkur lebih kuat dan kerap).

# Elak minum minuman beralkohol pada waktu malam.

# Jangan ambil pil tidur walaupun anda ada masalah sukar melelapkan mata. Pil tidur membuatkan otot anak tekak menjadi lebih rehat dan akibatnya dengkuran bertambah kuat.

Fakta dengkuran:

# 54 peratus orang mendakwa percutian mereka terganggu akibat dengkuran

# 41 peratus berkata akan menempah bilik berasingan supaya tidak sebilik dengan individu berdengkur

# 43 peratus terpaksa gunakan penyumbat telinga ketika bercuti

# 23 peratus orang terpaksa tidur di balkoni (anjung) akibat berdengkur

# 20 peratus orang tidur di dalam bilik mandi

# 8 peratus balik awal dari percutian disebabkan berdengkur

# Berbanding dengan orang lain, individu berdengkur kuat mempunyai risiko 34 peratus mengalami serangan jantung dan 67 peratus mendapat strok.



Penyebab dengkur

> Bentuk mulut iaitu sama ada lelangit lembut terlalu rendah, uvula panjang, lidah terlalu besar atau tonsil bersaiz besar — semuanya boleh menghalang saluran udara.

> Kegemukan juga menyebabkan saiz empat bahagian berkenaan bertambah dan mengakibatkan dengkuran bertambah teruk.

> Terlalu letih.

> Minum banyak minuman keras sebelum tidur.

> Masalah saluran pernafasan.

> Mengalami masalah apnea.


Cara mengatasi dengkur

> Mengurangkan berat badan (orang gemuk berdengkur lebih kuat dan kerap).

> Elak minum minuman beralkohol pada waktu malam.

> Jangan ambil pil tidur walaupun anda ada masalah sukar melelapkan mata. Pil tidur membuatkan otot anak tekak menjadi lebih rehat dan akibatnya dengkuran bertambah kuat.



4 Cara Hentikan Dengkur

Kira-kira 45% org dewasa mengalami masalah dengkur ketika tidur. Masalah ini lebih banyak terjadi kepada kaum lelaki dan mereka yg mempunyai berat yg berlebihan. Jika anda salah seorang yg mengalami masalah ini, anda boleh menghentikan kebiasaannya ini melalui perubahan pola hidup seperti berikut:


1. Mengubah posisi tidur
Dengkuran berbunyi ketika posisi tidur terlentang sehingga lidah tertarik ke belakang dan aliran udara mengalami penyempitan. Oleh itu, cubalah ubah posisi tidur kpd mengiring agar terhindar dari berdengkur.



2. Turunkan 10% berat badan
Orang yg overweight atau mempunyai berat bdan berlebihan mempunyai jaringan leher yg tebal dan memungkinkan timbulnya risiko berdengkur. Jika anda salah seorang daripadanya turunkan berat badan anda kira-kira 10%. Ia dapat membantu menghentikan kebiasaan yg menganggu tidur itu.



3. Hindari alkohol dan ubat penenang
Ubat penenang seperti pil tidur atau alkohol dgn kadar rendah boleh menyebabkan berdengkur kerana ia akan menekan pernafasan anda. Oleh itu, jauhi kedua-duanya.



4. Hirup wap air sebelum tidur
Hidung tersumbat juga boleh menyebabkan dengkuiran. Salah satu cara utk menghindari hidung tersumbat ialah engan meyedut wap air sebelum tidur.




Info lain....klik Dengkur membawa penyakit

Tuesday, May 17, 2011

Apa ada pada BB??

Salam satu Malaysia...

Erm,,ni segmen terjah menerjah.. da lama rasenye tak berblogging kerane kesibukan masa... hurmm.. Sekarang amoy tengok sini sana orang cerita pasal gadget terkini.. Ipad lah, galxy tabb lah, Blackberry lah...macam-macam lagi lah...

tak tahulah nape,, amoy ni xdelah obsesi sangat sampai tergila-gila nak beli... Cuma kalau ade, adelah..alhamdulillah... Harga dah la mahal..amoy ni sedar lah diri sikit,,takut terOVER budget annti dah kempis perut... Biar tak berbelanja, tapi jangan tak makan...hahahaha

tapi kan,,betul ke, gadget-gadget terkini sekarang leh jadi faktor utama keretakan rumahtangga dan sesuatu perhubungan. Alamklumlah easy access ke mana-mana kan? tak kira bila-bila masa.... ishhhh, ni yang wat amoy takut lebey-lebey nih. yelah, yang sekarang tak pakai apa-apa gadget canggih ni pun, dah leh bertegang urat...hahaha....kat facebook jek dah mendatangkan pelbagai masalah.. inikan pula nak pakai..aduyaiiii,,risaunya....


kat facebook tu ha.. baik pompuan baik lelaki yang mana tak sedar diri,, menggatal sini sana tu yang buat aku marah dan geram.. dah ada awek, dah ade bini, sibuk jugak nak menge"add" pompuan-pompuan lainn...nak yang seksi-seksi,, geletis, bigor, rambut berkarat...heyyy, what the hell??? Opssss....terlebey sudah,,,,, Astaghfirullah..maaf..emosi terlebey...

Kalau dah pakai BB ke, ipad ke,,lagi lah kita takleh nak awasi kan???hurmmm....hishhh....

kebuntuannn sekejapp...hahahaha..minah kepoh betoll hari ni cik ct nuramoyz ni...kekeke





If i can turn back time

I wish I could turn back time...
If I could, then you'll be the victim
and I?ll be the one distressing your life

If I had done this to you...
What would have been your response?

Would you be like me?
(Saying nothing- as eyes that say all)
Or like yourself?
(Killing a living person)

Have u seen a dead person alive?
If not... here I am,
as I have no stance inside of me now.

Then why do I love you?
Why do I cry?
Why is this all happening to me...
Why not you?

I wish you all the misery you have caused me
I wish u all the discomfort u have put me through
I wish I could turn back time...

by: Hina Afzal

Monday, April 11, 2011

I winn!!!

Hye korang semer...I winnnn okay!!

Even third place,,tp nak jugak share dengan korang..hehehe...
Happy nye bukan lah kepalangg..Sebab sebelum ni masuk contest macam-macam belum ade rezeki untuk menang...
Alhamdulillah..
Thanks pd cik nadia yg comey lotey kerana memilih pic ni...


Lepas ni tak tahulah sempat tak nak join contest lagi...
masa dah kene curik-curik...siang keje,,malam nak marking paper lagi..prepare notes lagi..adoiiii....will miss my blog very much after this...!!

Dah tak sempat nak blogging kawan-kawan....huwaaaa
Ni pun curi-curi guna pc opis sebab lappy kesayanganku dah rosak...
Nasib colleague suma sporting sebab aku orang baru dan tengah takde kije...huhuhu

kay...thanks pada akak-akakku yang dalam gamabr sebab beri kerjasama..
pic ni memang tengah gelak habis kot di pagi raya di tengah-tengah hujan gerimis...

again,,thanks a lot to tuan tanah contest nih...hehehe



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...