SELAMAT DATANG-WELCOME-AHLAN WA SAHLAN

Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts

Semua contengan di sini adalah hak cipta terpelihara tuan tanah. Segala salinan dan tampalan tidak dibenarkan sama sekali ya!!! Apa jua hasil paparan di sini adalah titik peluh dan perah otak tuan tanah. Tuan tanah punya hak mutlak untuk buat apa sahaja. Sebarang komen membina dan menghina di jemput dengan tangan terbuka. Kepada yang berminat dan sokong, jutaan terima kasih ya. Pada yang tak suka dan dengki, terima kasih juga ya. No body perfects, i've tried my best.Blog ini hanya lah untuk hiburan, menjadi kawan dan diari tuan tanah. Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam..!!!Thank you for visiting this blog. Please enjoy...(^__^)

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers

Wednesday, June 2, 2010

Kemaafan

Di sebalik kemaafan…

“Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita,” nasihat seorang ibu kepada anaknya.

“Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat minta maaf. Itu satu kelebihan juga, bu?” Kilas si anak.

“Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku,” kata ibu itu lagi.

“Saya rasa tidak, saya tidak kejam. Selepas minta maaf, segala-galanya langsai, bu.” Si ibu berfikir. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini?

“Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti.” Tanpa membantah anak itu setuju.

“Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!”

“Baik, ibu.” Beberapa bulan berlalu, mereka sama-sama menghadap dinding tersebut. “Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?” Ujar si anak dengan bangga.

“Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf.”

“Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu…?”

“Maksud ibu?”

“Cuba kamu tengok dinding ini. Semuanya sudah tebuk, calar dan ‘berkematu’. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku…”

Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?

Pengajarannye..: Meminta maaf adalah perbuatan terpuji. Tetapi berusaha agar kita tidak terpaksa meminta maaf (maksudnya menghindarkan diri daripada menyakiti hati orang lain) jauh lebih terpuji. Ya, luka di hati itu lebih sukar diubati daripada luka di tangan.


sumber dari seseorang...
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Tetapi,,kadang kita terpaksa meminta maaf untuk pulihkan keadaan walaupun bukan kita yang bersalah.. Terlalu rendahkah martabat seseorang jika mereka mengalah unutk kebaikan??? Jika hanya menuding jari ke sana ke mari,,menegakkan benag yang dah basah pun,,pelakunya tetap mengatakn orang lain yang salah,,jadi bagaimana?



BENDA VS MANUSIA

Kalau pandai hargai BENDA, kenapa tidak buat yang sama pada manusia????

Petang tadi,,aku basuh kereta abahku..urmmm...yelah,,dah bape hari tak basuh dek kerana busy keluar ke sana ke mari.. So, aku angkat tangan volunteer nak basuh..hehehe.. sedang asyik basuh membasuh keta. kepala aku ligat berfikir...mula lah nak berjiwa kan...Aku berjiwa bukan suka-suka dan tak berfaedah.. Suma perkara yang jadi pada aku takkan aku lupa macam tu jer...Tu yang berjiwa-jiwa.. Ada yang jadi pengajaran diri dan jadi panduan pada yang lain tu.. Mana yang baik harus dikongsikan kan..Mana yang buruk jadikan sempadan....

Cuba kita fikir-fikirkan...kita kalau sayangkan sesuatu benda, kita akan sayang benda tu giler-giler. Jaga macam ape..betul tak??? Contohnya:-

1) Pokok Bunga- Kalau kita sayang, hari-hari kita siram,,selalu letak baja,,gemburkan tanah, buang daun kering,,,yelah,,,supaya pokok tu subur dan mekar sepanjang masa. Biar pokok tu keluarkan bunga-bunga yang cantik... Sejuk mata dan hati bila memandang....

2) Haiwan peliharaan- Urrmmm,,kucing ke,hamster ke..ayam ker...apa2 je lah kan.. Kalau kucing, Tiapkali samapi waktu makan, kita bagi makanan.Punya sayang, kita bagi makanan yang berkhasiat. Kalau nak bagi makan ikan, punya takut kucing tu muntah ke ape,,kita bakar lah dlu takpun rebus dulu ikan tu sebelum bagi kucing makan. Lepas tu,,seminggu sekali dua kita mandikan dia..Siap bersyampoo dan bersabun...wangiii... Bila ada masa lapang, ajak kucing bergurau send, main bola,,main benang... Jadi kawan tengok TV, boleh dipeluk dicium..cuma silap haribualn kadang leh kene cakau...hahahaha

3)Komputer/Laptop- Hari-hari kalau boleh kita nak update antivirus,,takut laptop atau komputer kita kene virus dan corrupted suma file-file yang ada. Komputer sekarang dah jadi satu necessities. Mudah untuk buat kerja, untuk belajar dan komunikasi.. Setiap hari di bersihkan dari sebarang habuk.. Bila ada sesetengah software failure kita betulkan, tukar yang baru... Bila hardware mulfunction kita hantar service... Mouse rosak, beli baru... Screen pecah hantar repair....giler sayang ahhhh..

4)Handphone-Handphone ni lagi lah..kalau hilang atau misplace,,meracau-racau kita cari..Dah macam nyawa..salah satu necessities.. Satu lagi kemudahan komunikasi...bila calar, tukar casing baru,, seminggu sekali cuci luar dalam buang habuk.. Lepas tu nak nampak cantik letak lah accessories sana sini..lap lip lap...macam-macam hal lah...Bila terjatuh tanpa sengaja...menyesl bagai nak apa...macam bende bernyawa yang jatuh...haishhh....

5) Kereta- Ha,,ni pada yang dah berkereta..Aku coming soon tapi entah bila... Hari-hari basuh kereta,,bila hujan marah..Habis kereta kotor..Bila orang buang sampah merata-rata dalam kereta, kita bising.. Pantang ada cacat cela siket.. Orang lain jangan nak memandai-mandai guna kereta tanpa kebenaran.. Minta izin dulu lah beb... huhu...Jaga kereta macam baby,,ada yang lelaki jaga mcam isteri..urrrmmmm...di basuh, di lap, di gilap, letak pewangi..macam-macam lah kan... suma step in step wooo~~

AKAN TETAPI...

Sedarkah kita? ade tak kita wat hal yang sama sesama manusia???? erm,,,haaa..cakap lah.... kadang begitu mudah kita hargai benda lain, tapi bila orang yang paling hampir di sisi kita tak diendahkan...macam mana lak tuu???? Okay jom kita kupas satu-persatu....

1) Persahabatan- Sahabat/teman/kawan..semuanya penting dalam hidup setiap manusia. Kan? Dari kacik samapilah tua.. Ingat dulu, mula-mula nak sekolah tadika,,opps aku sekolah pasti.. Kerana kawan lah aku rasa seronok pegi sekolah hari-hari. dah hilang rasa takot... huhu...dan bila dah besar ni,,tapi takdelah besar mana, macam-macam ragam kita tengok gelagat kawan-kawan kan?? Ada yang amat memahami dan membantu, namun ada juga yang menjatuhkan.... Tak kesahlah kan,, yang penting, kalau kita menjalin persahabatan kejujuran tu penting, saling hormat-menghormati, bertolak ansur, pandai menyimpan rahsia dan macam-maca lagilah resepi pershabatan. Kalau boleh, biarlah persahabatan kita tu disemai macam pokok bunga. Disulami daun-daun keikhlasan, Disirami dengan air-air ambil berat, Di bajai dengan baja tolong-menolong... Betol x??huhuhu.... Jangan bila tiba waktu susah, baru kita terhegeh-hegeh mencari teman.. Bila esenang hilang entah ke mana kabar beritanya....

2) Kekeluargaan/Rumahtangga/Percintaan- dalam satu rumah kena lah ada kemuafakatan. kalau tak macam mana nak dok serumah. Kalau kita suka main bola sepak, pandai lak kita arrange strategy nak masukkan gol kan?boleh jek interaksi dengan pemain-pemain lain dengan baik.. Nape tidak keluarga???Suami isteri? Jangan nanti, sorang masuk pintu depan, sorang lagi keluar pintu belakang..Ape cer ni beb????? Apa-apa kena lah bawak bincang, ada masalah duduk sam-sama. Jangan menipu..kan??? Macam persahabtan jugak..macam pokok, macam kereta..kena selalu jaga,selalu basuh, selalu belai..macam tu jugak alh hidup berkeluarga....Kalau sayang tunjukkan, kalau ambil berat tunjukkanalah... Kalau tak , jangan salahkan sesiapa kalau ada yang kelaur rumah dan mencari segala kekurangan di luar!!!! Kena lah selalu saling memahami,,jangan satu side jek...KAlau pokok bunga,,kau letak baja jek, tapi tak pernah nak siram..Apa jadi??lecur lah weiiii~~~

####Renung-renungkanlah..tepuk dada tanye pengalaman, tanye perlakuan, tanye iman....banyak lagi aku nak mengomel..tp dah blurrr...nanti2 lah sambung..chow sinchi dulu lah yer

Jangan Memilih Aku


Terenggut hatiku terpanah asmara
sedih suka sirna sudah
bila kau jadi milikku

Memang lukaku belum sembuh semua
juga dukaku belum sirna semua


reff :
Jangan memilih aku
bila kau tak sanggup setia
kau tak mengerti aku
diriku yang pernah terluka

Jangan memilih aku
bila kau tak sanggup setia
kau tak mengerti aku
diriku yang pernah terluka
cinta

Ku pernah terluka

Hasrat ini mau hati
tak mau pisah darimu

back to reff

Diriku yang pernah terluka
cinta

Jangan memilih aku
Jangan memilih aku...
 
p/s: lagu ni memang besh ah..suara hati anang sama lah dengan suara hati akuu...huhuhuhu

Tuesday, June 1, 2010

GAZA again....SAVE them

Beberapa hari ini kita digemparkan dengan berita kekejaman Israel yang menyerang kapal-kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza. Lebih membimbangkan, seramai 12 orang rakyat Malaysia terlibat sebagai aktivis sukarelawan dalam misi tersebut. Siang tadi,semua bimbang, termasuklah aku. terkejut bila tengok paper hari ni. Yelah,,serangan tu waktu Malaysia pagi tadi. Padahal kapal-kapal itu baru saja berlepas...Namun, apa yang saya faham, kesemuanya selamat. Kebetulan, ada liputan talian di antara TV3 Seri Pentas dan salah seorang wartawan TV3 yang turut menyertai misi tersebut dalam buletin TV3. Alhamdulillah....


"Bukan semua org berani dan mampu utk jd aktivis sukarelawan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza, moga mereka semua selamat dan dipermudahkn sgala urusan..Ya Allah,,andai mereka gugur,,syahid lah mereka dan muliakanlah tmptnya di sisimu..."

 

Berikut adalah nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) yang berada di atas kapal penumpang “Mavi Marmara” milik IHH, Turki ketika diserang oleh komando laut Israel di perairan antarabangsa hari ini. Sumber LL4G


1. Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUANPalestin
2. Dr Mohd Arbai’e bin Syawal, HALUANPalestin
3. Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, HALUANPalestin
4. Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUANPalestin
5. Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUANPalestin
6. Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif
7. Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal Malaysia (AMAL MALAYSIA)
8. Dr Selamat bin Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM)
9. Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care
10. Mustafa bin Mansur, MAPIM
11. Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO
12. Shamsul Kamal Latif, Juru kamera ASTRO

 Dari dulu,,kekejaman Israel tak pernah berakhir. Mereka tak habis-habis nak musnahkan umat islam palestin. Sebab itulah yahudi dari dulu lagi terkenal dengan gelaran kaum laknatullah. Ya Allah,,Kau berkatilah umat palestin,,lindungilah mereka...aminnn...

Semakin dihayati, semakin gentar aku nak melalui.. Adakah benar kiamat itu sudah dekat???Peperangan kafirun dengan islam telah lama berlangsung, namun,,yang terbesar masih belum berlaku..Cuaca yang semakin panas, air2 sungai utama dunia susut mendadak, bencana alam berlaku silih berganti..Ya Allah,,aku masih alpa di atas muka bumi mu ini....

Sahabat, teman dan semua rakyat Malaysia yang beragama Islam, amrilah kita berdoa dan bangkit memerangi Israel. Mungkin bukan dengan senjata api, namun kita ada senjata yang paling utama dan senang dilakukan..iaitu Do'a.. Marilah beramai-ramai melakukan solat hajat dan qunut nazilah untuk saudara mara palestin kita.

Selagi apa yang kita mampu, mari kita laksanakannya......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...