FUH FUH FUHHHHHH.....
kena tiup habuk dulu dalam blog ni. Silap-silap sarang labah-labah pun ada... hahahaha...
Berkurun tak menulis pape di blog sendiri....
Malam ni sedikit stress, kecewa, marah dan sedih pun ada.. Kenapa??? Kenapa ye? Semua kerana marking paper.. As usual,,being a teacher,, or lecturer, we will be facing the same situation - marking students' paper.
Kadang ada rasa bersalah pada pelajar, yelah mana tahu apa yang diajar tak difahami, tak samapi pada student. But i've tried my best i think.. Cuma apa yang dapat dilihat dari mata kasar, pelajar sekarang berbeza... Semalas-malas saya belajar dulu takde lah seteruk ni.. Simple words in English pun mereka tak boleh nak kuasai. Apatah lagi bila syllabus full 100% english. Kalau dulu, masa zaman saya belajar... Bila tak faham lecturer mengajar, terpaksa cari inisiatif sendiri untuk berusaha... cari senior ke, kawan ke, daftar extra tutor, keep baca buku dan translate word by word... sikit-sikit lama-lama jadi bukit.. lama kelamaan terbiasa dengan sesi pembelajaran dan pengajaran english. Walaupun grammar teruk, tapi semangat nak mencuba tu kena ada.
Teringat masa pembentangan business propsal untuk subject English... The lecturer said that im confident enough even my grammar is bad. But the effort is there and can pronounce well. Whatever it is, i try and i satisfied.. At first we might be afraid... then, for next time..we try and pushhh ourself.. InsyaAllah...
Bila tiba subjek yang memang 100% theory and memang kene ingat. nak tak nak terpaksa hafal.. Cuma bezanya saya dulu, saya akan buat cara termudah... cuba cari isi-isi utama, kata kunci, dan buat peta minda.. first, kena baca dulu. Second baru hafal. Last tulis balik. InsyaAllah akan ingat.
Kalau betul kerajaan sekarang ingin menuju ke arah P&P yang student-centred learning... keadaan pelajar sekarang seolah-olah tidak sesuai dan menjadikan hasrat itu macam sukar tercapai. Ya, sebagai pendidik kene didik dan beri semangat kepada mereka. Puas kita beri semanagt, cakap itu ini, tapi tuan punya badan dan hati mereka tiada minat. Bagaimana? Mereka rasa semua tu tiada apa-apa kesan pada mereka..
Hurm, sekarang baru saya sedar betapa susahnya menajdi seorang pendidik. Bagi saya, seseorang itu bukanlah berjaya jika dapat cemerlang dalam pelajarannya. Seseorang itu dikatakan benar-benar cemerlang apabila dia berjaya dalam pelajaran dan juga pembentukan tingkah laku.
Khamis tempoh ahri berakhir sudah exam final. Bermula detik itulah semua opis mate sibuk pulun marking paper. Saya tak terkecuali.. 4 bundles paper menanti. Alhamdulillah, 2 bundle siap. 2 lagi bundle sedang diusahakan....
Sedih, geram dan stress bila melihat student tak dapat menjawab dengan baik. Ada yang hanya menyalin soaalan semata. Ada yang biarkan kosong sahaja. Ya Allah, sekali fikir rasa bersalah.. Mungkin cara mengajar ke yang salah? Tapi bila ramai lecturer lain mengeluh hal yang sama, adakah pelajar itu sendiri yang bermasalah???
antara paper student yang ditanda |
Pelbagai nota kaki diberi pelajar dalam kertas jawapan mereka. Sebagai pensyarah, dan juga pernah melalui hidup sebagai seorang pelajar dulu, memang tersentuh dan simpati. namun, puas nak tolong tapi kalau jawapan diberi sememangnya sedikit, salah, dibiarkan kosong.. bagaimana???
wahai adik-adik diluar sana, bangun dan bangkitlah dari keadaan selesa anda. Jangan hanya kerana duit PTPTN ada, duit kocek dari FAMA, hanya datang hari-hari ke kuliyah dengan penuh gaya dan style.. Anda dah menjadi seoragn elajar yang baik. Datang dan jasad anda di dalam kelas tak bermakna anda belajar. Minda dan hati kenalah tetap dan berikan sepenuh perhatin. Menuntut ilmu adalah anatara jihad yang dituntut dalam Islam...
Ingatlah, selagi anda tak berubah, selagi itulah, bangsa kita tetap macam tu....
Apa lah kiranya hanya lulus sahaja....
Bila mana tiba saat nya hadir realiti alam pekerjaan sebenar nanti, sudah terlambat untuk menyesal...