Kenapa masih ada insan yang malas nak berusaha? Dah nampak kesusahan di depan mata pun masih lagi tak sedar-sedar. Kadang tak faham bila tengok. Sudah berbuih mulut-mulut insan yang perihatin menegur tapi masih macam tu. Bercakap macam mencurah air di daun keladi. Bila susah mula menagih simpati orang, bila senang, dudk goyang kaki macam kesenagan itu akan kekal bertahun-tahun lamanya.
Itulah orang kata. kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kalau dah berumur dan berusia, kita cakap banyak pun tak guna. betul kata orang kalau umur tu dah 40 tahun tapi masih belum berubah dan ada kesedaran. alamatlah makin terus alfa dan macam tu lah sampi ke mati. Nauzubillah!!!!
Hurm...ada macam-macam symptom orang yang malas berusaha ni. Antaranya adalah:-
Hanya duduk berdiam diri dan menanti rezeki datang bergolek. Memang rezeki telah dijanjikan untuk setiap orang namun kita harus berusaha untuk mendapatkan nya. Ni tak, ada sesetengah nye yang tak habis-habis pegang pepatah "Ulat pun boleh hidup dalam batu". Itu ulat, tapi kita ni manusia ada kehidupan yang lebih luas dan hidup berkeluarga dan bermasyarakat.
Ada pulak yang tak habis-habis menghabiskan harta mak bapak. Tapi untung pada yang sememangnya diahirkan dalam keluarga yang berada dan beruang kan. Tapi lama kelamaan lingkup jugak harta mak bapak kalau gasak dimintak untuk benda yang bukan-bukan sahaja. Hart segunung pun boleh habis dalam masa seminggu takpun sehari. Who knows??? Tapi macam mana pulak kalau yang dapat keluarga sederhana. Mak dan ayah bertungkus lumus mencari duit, tapi anak??? hanya duduk berserah jek. Ada yang lai teruk bila sudah berkahwin, habis di bawa anak isteri ke rumah mak dan ayah untuk menumpang. hishhhh... cuba tengok orang luar datang malaysia, molek dorang bekerja halal. Jadi buruh binaan, kontrak jalanraya, jual burger, menjaja dan macam-macam lagilah. Orang kita malu nak buat semua tu. Memilih melebih-lebih..
Kita sellau dengar, orang yang berusaha akan selalu berjaya!! so, fikir-fikirkanlah....