SELAMAT DATANG-WELCOME-AHLAN WA SAHLAN

Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts

Semua contengan di sini adalah hak cipta terpelihara tuan tanah. Segala salinan dan tampalan tidak dibenarkan sama sekali ya!!! Apa jua hasil paparan di sini adalah titik peluh dan perah otak tuan tanah. Tuan tanah punya hak mutlak untuk buat apa sahaja. Sebarang komen membina dan menghina di jemput dengan tangan terbuka. Kepada yang berminat dan sokong, jutaan terima kasih ya. Pada yang tak suka dan dengki, terima kasih juga ya. No body perfects, i've tried my best.Blog ini hanya lah untuk hiburan, menjadi kawan dan diari tuan tanah. Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam..!!!Thank you for visiting this blog. Please enjoy...(^__^)

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers

Tuesday, June 29, 2010

awan dan hujan


Awan yang terang tiba-tiba menjadi gelap, awan berarak mendung dengan laju, melitupi dan menghilang kan awan-awan yang biru cerah tadi... Hati kian berkocak ketakutan dan kerisauan...Sang nelayan bergopoh gapah untuk pulang ke darat, sang anak-anak berlarian kegembiraan seolah tidak mengerti apa itu erti takut...Sang ibu sibuk mengangkat jemuran kain dan ikan kering.. Berdentum dentam guruh di langit, tanda hujan bakal turun sebentar lagi....

"Bagaimanakah dengan bumbung rumah kita ni mak???" tanya sang anak yang risau kebasahan dan kesejukan untuk berteduh....
"takpe nak,,nanti abah balik betulkan atap yang bocor ni ye.." jawab ibu memberi semangat

Hujan pun turun dengan lebat dan selebatnya...

tetapi

setelah hujan berhenti,,alam kembali ceria,,dis ebalik titisan hujan yang tersejat di rumput-rumput hijau,,membangkitkan lagi kesegaran dan kedinginan bayu....

"mak, abah dah pulang mak..." jerit sang anak.

"nak, hari ni abah bawa hasil yang agak banyak nak,,syukur alhamdulillah...walaupun hujan,,ikan banyak hari ini" beritahu sang bapa.

"baguslah bang, bolehlah kita baiki atap rumah kita ni...dan barang-barang dapur yang dah hampir kehabisan." balas mak sambil tersenyum.

"mak,,ade pelangi lah mak,,tu tengok tuuuu!!!" jerit sang anak sambil menuding jari ke langit.

"cantikkkknyeee......."jeritnye lagi.

Karipap ke epok2??

hye guys,,aduiyai,,lama dah rasanye tak update blog ni..erm,,nak kata busy,,tak lah busy mana pun. Cuma sejak-sejak akhir ni,,macam-macam jadi,,suka duka dan macam-macam lagi..otak aku pun beku untuk beri idea-idea...huhu..ni nak kongsi satu post..takdelah menarik sangat pun..TAPI sebab aku rasa bende ni first time aku wat dalam hidup aku..so sajelah nak share...huhuhu


Ha,,ni lah dia..huhu,,20hb yg lepas,, sampai je umah aku ajak mak wat kuih karipap..kebetulan inti dia abang ipar aku wat banyak,,so lebih tu mak aku bawak lah balik... (abang aku merupakan seorang tukang masak dan wat bisnes catering jugak) then, mak aku pun uli lah tepung... aku lak tukang leper2kan doh td..pastu wat lah klaim sendiri...adoiii,,ssh gak,,first time lah katakan..mula2 mmg x jadi,,hudoh karipap aku...terjueh2 klaim nyer..pastu dah masuk yg ketiga,,ha,,jd pon,,boleh tahan kata mak aku...hahhaha... terus ada cita-cita nak berniaga lak..wahahaha,,,pastu dah dekat 6 biji karipap, aku suh mak goreng dulu...erm,,,rangup dan lembut...yeehawww....(da leh kawin)....hahaha..padahal mak aku yang uli...hihii


 ha,,yg ujung sekali sebelah kanan tu lah karipap yang pertama aku wat,,xde rupa pun klaim nye kan????heee~~ pastu,,plan nak bawak bekal pegi opis esok pagi,,tp bila aku tengok karipap yang aku dah claim tu,, ade kecik ade besor,, ade buncit ade leper...tetiba rasa segan lah pulok..so, tak jadilah nak bawak..hehehe

Wednesday, June 16, 2010

Diary Seorang Isteri (Lelaki Mesti Baca!!)

P:S- Cerita ni saya dapat dari salah sebuah post di Facebook. Elok kiranya jika saya dapat kongsikan pada yang lain, sebab moral values amat tinggi dalam cerita ini. Dari Jomsayang Notes..

Diary Seorang Isteri (Lelaki Mesti Baca!!)
Friday, April 16, 2010 at 9:16pm
Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.

"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.

Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri . "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.

Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan embengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

Assalamualaikum.

Abang,

Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.

Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.

Ikhlas dari

Nur Nisa

Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.

Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa....

Saturday, June 12, 2010

Boring=Bosan

Hari ni tersangatlah boring...Ya Allah,, serba serbi tak kena..duduk tak kena..diri lagilah tak kena kan..hahaha...
dah puas aku online,,takde ape yang menarik minat hari ni,,tak macam selalu...ada je blog orang yang aku singgah dan baca...hari ni,,fikiran rasa macam berat dan hati rasa macam kusut..adoyaiiiiii,,,,

Opis hari ni tersangatlah sunyi,,ramai staff yang takde,,ade yang pegi site, dan ada yang pegi cuti...huhu.,. telefon pon tak banyak berdering macam selalu,...mungkin hari ni hari sabtu..tak semua comapny keje kot...  So,,dalam waktu boring-boring ni,,aku mulalah akn,,nak bergambar..nak edit gambar..huwahahhaha...

Nilah hasilnya yang memang tak seberapa.....

Dek kebosanan..jd la model hampeh..huhu

Weee..senyum kambing..adoyaiiiii...tensen+bowsan seiii

erm,,konon-konon nak wat report tadi,,excited giler,,aku bukak lah komputer kak ani,,nak baca company profile...pastu amek latest annual report nak study company performance..tiba-tiba...tappppppppppp...otak aku balnk jap..mood aku down..grrrrrrr....sakit2...

Ni lah annual report baru..hiiii,,,baru selak sehelai dua kot...
Lepas je xde mood tu,,pe lagi,,berfacebooking ler..jwb kuiz yg memang merapu2...haish..pe nak jd ko ni moy...


Nilah dia meja aku...ops,,x meja kak ani..aku tumpang jerk...hehehe..share!!!

Majlis pertunangan Noor

semalam,,11/jun/2010.... aku pergi memeriahkan suasana majlis pertunangan Noor fatihah... Dia ni kira kawan aku..dan dalam waktu yang sama gak...sedara.. Aku tak tahulah ape pangkatnye...bila mak dan abah bukak citer,,sepatah haram aku tak faham susur galur tu..huhu..bak kata akak-akak aku,,sedara mara kucing...serupe yer je...hahahaha....tak banyak photo pun,,segan nak snap over-over..sapelah aku..bukan aku yang tunang kan..????


Aku dan Ekin

Ekin,,Noor dan aku,...

Aku dan Noor....=)

Bila tengok orang lain tunang,,aku pun tetiba teringin..satu-satu kawan-kawan aku bertunang dan berkahwin...wuuu,,macam best je kan.. Semua orang akan berkahwin,,kahwin adalah salah satu impian semua orang.. Aku jugak macam tu,,sampai bila nak berkawan..ke sana ke mari...lagi bagus kalau dapat ikatan perkahwinan yang sah.. lepas tu,,terhindar dari sebarang dosa dan maksiat kan...urrmmmm...

tetiba macam nak cakap kat mak n abah......(tp takot..) wakakak

Semoga Noor cepat-cepat kawen..amin..semoga selalu diberkati kedua-duanya...ha,,lupa nak cakap,,tunang dia tu abg angkat aku..Iwan namanya..hahaha..bertahun2 tak jumpa dia..heee..tak lama lagi jadi sedara looor...

macam-macam

assalammualaikum semua....salam satu Malaysia...

hai,,dah lama rasanyer tak post pape..lately,,a bit dizzy and blur in daily life lah... Boleh dikatakan sepanjang praktikal ni,,macam-macam jadi.. Turun naik rezeki, gembira dan tangis cerita...eeee...macam-macamlah... but, so far, practical training still okay.. ofis aku okay jugak..suma nyer besh..staff suma friendly,,kira takde stress langsung..huhuhu..semuanyer happening....alhamdulillah,,mungkin ni rezeki aku..mungkin jugak ade kawan-kawan lain yang lebih bernasib baik atau pun tidak..tu semua cerita dan kuasa yang maha esa.. Walaupun aku tak dapata elaun,,tapi alhamdulillah... makan kadang-kadang ada orang belanje..huhu...dan bos janji nak bagi saguhati RM10 sehari.. pada mulanya suppose aku dapat elaun,,tapi disebabkan jumlah hari praktikal aku ni tak cukup 100 hari.,,,so tak layak untuk dapat elaun,,if dapat,,RM 500 sebulan..banyakkan...????huhu.. Takpelah rezeki amsing-masing..whatever pun Im enjoy here...in Sindora Timber Sdn. Bhd...

Then,,sepanjang praktikal ni jugak..my love story facing a lot of climax pace...urmmm,,takot sangat... wujud orang ketiga..dan macam-macam lah.. but,,as usual,,I still love him,,n will love him forever..Just praying from time to time...Only Allah know what is the best for us... Hope sangat,,hubungan kami diakhiri dengan satu gerbang perkahwinan dan kekal ke akhir hayat.. yer,,perjalanan masih jauh..tapi aku sudah mula mengorak langkah untuk masuk ke alam realiti hidup insani... Dari dulu aku dah mula bersedia untuk semua tu..Maaflah,,aku bukan seperti sebahagian remaja di luar yang inginkan keseronokan..bak kata nora danish dlm cite putri  "yg penting,,,kita enjoy"....its not me.. bukan lah tak nak enjoy,,enjoy tu harus ade..tp berpada-pada.. Orang kata,,enjoy enjoy jugak..tapi jangan lah pentingkan diri sendiri, jangan menganiaya orang dan macam-macam lagilah...

Enjoy ke namanya kalau kita jadi "playboy" or "playgirl"???? Menabur janji manis di sana sini, keluar ke sana sini, mainkan hati dan perasaan orang lain?? tu ke namanya enjoy??? We are human..all d same,,we have our heart, our mind to think and to feel.. try to put urself into other people shoes... if u feel hurt, so they are hurt actually.... 

enjoy ke namannye if kita pegi clubbing..ape orang kata,,cucuk bintang tapi tak sampai2.. lepas tu terjebak dengan alkohol, dadah, hubungan tak bermoral sana sini... enjoy ke namanye tu??? nauzubillah..aku amat takutkan nya....

perempuan ke lelaki ke,,sama sahaja kalau dah salah menggunakan hidup mereka dengan sia-sia..orang kata ikut hati mati, ikut rasa binasa..... Jangan silap tafsir apa itu enjoy...kita digalakkan berhibur untuk keperluan rohani kita..tapi berpada-padalah...Jangan langgar hukum agama dan hak asasi manusia..

Ops,,dah jauh aku melalut..terlebih emosi pulak..hahahaa.....bab ni nanti lah aku post lain kali...
back to the initial story...erm,,masa praktikal ni jugak..aku leh dapat infection kat paru-paru.. nilah dia,,sebelum ni manja..haha..tak pernah bekerja..bila bekerja da jadi macam ni..mula-mula aku demam..pastu abtuk tak baik-baik..bila g x-ray,,paru-paru aku berlendir..adoyai..patutlah aku kadang-kadang rasa macam nak semput je..dan sejak dari tu,,aku mula lah berpantang sikit minum ais dan sejuk2 ni..tapi kadang-kadang pantang lepa jugak..huwahahaha

pejam celik,,tinggal dalam 20 hari je lagi,,aku akan habis praktikal ni..so,,aku akan masuk sem baru 12hb julai nanti.so,,tu jugak bermakna tu lah sem last aku berada di taman ilmu dan budi..sedih pulak...tapi hepi...ntah lah macam2 rasa lah ada......ni tengah bertungkus lumus untuk menyiapkan report..huhu,,adoyai..otak memang tepu..

lama tak wat esemen-esemen..nak buat ayat dalam english tak kuar-kuar..ahahha...kesian tol kat aku ni kannn,,,


......kay lah,,tiba-tiba otak aku pun tepu nak kepoh2 dalam blog ni...hati tiba-tiba kosong,,still thinking of him..


will be continued,,,,,


Thursday, June 10, 2010

masih kah ade waktu...

Berkali kau berjanji...aku masih meraguinya..maafkan ku syg,,akhirnya...kita sama-sama terluka...maafkan ku terlalu menyayangimu...mungkin kini,,kau mula membenciku.. jika itu hukuman yang kau berikan,,aku terima walau dalam derita..

Mereka tetap berkata..siapa pun kita.. mereka tetap mempertikaikannya... namun aku di sini,,masih menanti dengan harapan.. Segala doa ku panjatkan pada yang maha esa..agar dikurniakan pada kita satu sinar baru..langkah demi langkah akan ku teruskan jua..

Senyuman dan tawamu di sana,,aku tumpang gembira. Namun aku di sini masih juga menyendiri..menantimu..aku tidak kuat sepertimu...

Kasih...

Siapalh aku..
Aku adalah aku....
Aku tetap aku...

Kasihku dan cintaku...
Hanyalah untukmu...

Tiada yang kedua...

Tiada
Teman tapi mesra...
Kekasih separuh masa...

Ya Allah,,
Aku pohon....

Doa seorang kekasih,,
Kaulah sahabat, kaulah teman,

Ku ingin kau tahu....
Hatiku sentiasa....
Bersamamu...
Kau tetap di jendela anganku...

Realiti insani,
Untuk bersemi Memori berkasih di halaman asmara kita,


oleh:layar cinta....2.48am,080610

Tuesday, June 8, 2010

Madah Berhelah

Di dalam sendu yang teramat
Ku lihat senja yang berlabuh
Dan malam yang melepas layar
Kaku aku di sini
Bersama harapan terbakar

Siapa di antara kita
Yang dulu memula sengketa
Pastinya diriku bagimu
Yang engkau anggap punca
Biarpun ketara engkau Yang mula...

Bukan sekali kau suarakan
Kebimbangan pada cintaku
Kau tak mampu
Bersendirian tanpaku
Itu semua lembut lidah
Manis madah penuh helah
Yang pastinya...
Aku adalah sandaran...
Bagai hilang semangat diri
Keyakinanku...terlebur kini

Sesungguhnya kau ku sanjung tinggi
Bererti hanya kau di hati
Sayangnya kejernihan cinta
Yang mencermin setia
Kau keruhkan warnanya...
Kau keruhkan warnanya...

artis: Ziana Zain

 

Monday, June 7, 2010

sepi dan sayu

- berteman sepi
- hati bertambah sayu
- rasa membakar diri
- jujur dan setia tak dihargai

- hadirnya selalu ditolak ke sana ke mari
- apa yang ada tak dilihati
- selalu mengalah tak dikasihani
- diri sendiri macam sebiji guli

- senyum dan tawa sentiasi diidami
- namun sukar untuk dikecapi
- apa yang dibuat untuk raja dihati
- harap kunci tetap dijagai
- hilang kunci, matilah hati.....


~layar cinta~

Wednesday, June 2, 2010

Kemaafan

Di sebalik kemaafan…

“Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita,” nasihat seorang ibu kepada anaknya.

“Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat minta maaf. Itu satu kelebihan juga, bu?” Kilas si anak.

“Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku,” kata ibu itu lagi.

“Saya rasa tidak, saya tidak kejam. Selepas minta maaf, segala-galanya langsai, bu.” Si ibu berfikir. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini?

“Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti.” Tanpa membantah anak itu setuju.

“Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!”

“Baik, ibu.” Beberapa bulan berlalu, mereka sama-sama menghadap dinding tersebut. “Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?” Ujar si anak dengan bangga.

“Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf.”

“Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu…?”

“Maksud ibu?”

“Cuba kamu tengok dinding ini. Semuanya sudah tebuk, calar dan ‘berkematu’. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku…”

Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?

Pengajarannye..: Meminta maaf adalah perbuatan terpuji. Tetapi berusaha agar kita tidak terpaksa meminta maaf (maksudnya menghindarkan diri daripada menyakiti hati orang lain) jauh lebih terpuji. Ya, luka di hati itu lebih sukar diubati daripada luka di tangan.


sumber dari seseorang...
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Tetapi,,kadang kita terpaksa meminta maaf untuk pulihkan keadaan walaupun bukan kita yang bersalah.. Terlalu rendahkah martabat seseorang jika mereka mengalah unutk kebaikan??? Jika hanya menuding jari ke sana ke mari,,menegakkan benag yang dah basah pun,,pelakunya tetap mengatakn orang lain yang salah,,jadi bagaimana?



BENDA VS MANUSIA

Kalau pandai hargai BENDA, kenapa tidak buat yang sama pada manusia????

Petang tadi,,aku basuh kereta abahku..urmmm...yelah,,dah bape hari tak basuh dek kerana busy keluar ke sana ke mari.. So, aku angkat tangan volunteer nak basuh..hehehe.. sedang asyik basuh membasuh keta. kepala aku ligat berfikir...mula lah nak berjiwa kan...Aku berjiwa bukan suka-suka dan tak berfaedah.. Suma perkara yang jadi pada aku takkan aku lupa macam tu jer...Tu yang berjiwa-jiwa.. Ada yang jadi pengajaran diri dan jadi panduan pada yang lain tu.. Mana yang baik harus dikongsikan kan..Mana yang buruk jadikan sempadan....

Cuba kita fikir-fikirkan...kita kalau sayangkan sesuatu benda, kita akan sayang benda tu giler-giler. Jaga macam ape..betul tak??? Contohnya:-

1) Pokok Bunga- Kalau kita sayang, hari-hari kita siram,,selalu letak baja,,gemburkan tanah, buang daun kering,,,yelah,,,supaya pokok tu subur dan mekar sepanjang masa. Biar pokok tu keluarkan bunga-bunga yang cantik... Sejuk mata dan hati bila memandang....

2) Haiwan peliharaan- Urrmmm,,kucing ke,hamster ke..ayam ker...apa2 je lah kan.. Kalau kucing, Tiapkali samapi waktu makan, kita bagi makanan.Punya sayang, kita bagi makanan yang berkhasiat. Kalau nak bagi makan ikan, punya takut kucing tu muntah ke ape,,kita bakar lah dlu takpun rebus dulu ikan tu sebelum bagi kucing makan. Lepas tu,,seminggu sekali dua kita mandikan dia..Siap bersyampoo dan bersabun...wangiii... Bila ada masa lapang, ajak kucing bergurau send, main bola,,main benang... Jadi kawan tengok TV, boleh dipeluk dicium..cuma silap haribualn kadang leh kene cakau...hahahaha

3)Komputer/Laptop- Hari-hari kalau boleh kita nak update antivirus,,takut laptop atau komputer kita kene virus dan corrupted suma file-file yang ada. Komputer sekarang dah jadi satu necessities. Mudah untuk buat kerja, untuk belajar dan komunikasi.. Setiap hari di bersihkan dari sebarang habuk.. Bila ada sesetengah software failure kita betulkan, tukar yang baru... Bila hardware mulfunction kita hantar service... Mouse rosak, beli baru... Screen pecah hantar repair....giler sayang ahhhh..

4)Handphone-Handphone ni lagi lah..kalau hilang atau misplace,,meracau-racau kita cari..Dah macam nyawa..salah satu necessities.. Satu lagi kemudahan komunikasi...bila calar, tukar casing baru,, seminggu sekali cuci luar dalam buang habuk.. Lepas tu nak nampak cantik letak lah accessories sana sini..lap lip lap...macam-macam hal lah...Bila terjatuh tanpa sengaja...menyesl bagai nak apa...macam bende bernyawa yang jatuh...haishhh....

5) Kereta- Ha,,ni pada yang dah berkereta..Aku coming soon tapi entah bila... Hari-hari basuh kereta,,bila hujan marah..Habis kereta kotor..Bila orang buang sampah merata-rata dalam kereta, kita bising.. Pantang ada cacat cela siket.. Orang lain jangan nak memandai-mandai guna kereta tanpa kebenaran.. Minta izin dulu lah beb... huhu...Jaga kereta macam baby,,ada yang lelaki jaga mcam isteri..urrrmmmm...di basuh, di lap, di gilap, letak pewangi..macam-macam lah kan... suma step in step wooo~~

AKAN TETAPI...

Sedarkah kita? ade tak kita wat hal yang sama sesama manusia???? erm,,,haaa..cakap lah.... kadang begitu mudah kita hargai benda lain, tapi bila orang yang paling hampir di sisi kita tak diendahkan...macam mana lak tuu???? Okay jom kita kupas satu-persatu....

1) Persahabatan- Sahabat/teman/kawan..semuanya penting dalam hidup setiap manusia. Kan? Dari kacik samapilah tua.. Ingat dulu, mula-mula nak sekolah tadika,,opps aku sekolah pasti.. Kerana kawan lah aku rasa seronok pegi sekolah hari-hari. dah hilang rasa takot... huhu...dan bila dah besar ni,,tapi takdelah besar mana, macam-macam ragam kita tengok gelagat kawan-kawan kan?? Ada yang amat memahami dan membantu, namun ada juga yang menjatuhkan.... Tak kesahlah kan,, yang penting, kalau kita menjalin persahabatan kejujuran tu penting, saling hormat-menghormati, bertolak ansur, pandai menyimpan rahsia dan macam-maca lagilah resepi pershabatan. Kalau boleh, biarlah persahabatan kita tu disemai macam pokok bunga. Disulami daun-daun keikhlasan, Disirami dengan air-air ambil berat, Di bajai dengan baja tolong-menolong... Betol x??huhuhu.... Jangan bila tiba waktu susah, baru kita terhegeh-hegeh mencari teman.. Bila esenang hilang entah ke mana kabar beritanya....

2) Kekeluargaan/Rumahtangga/Percintaan- dalam satu rumah kena lah ada kemuafakatan. kalau tak macam mana nak dok serumah. Kalau kita suka main bola sepak, pandai lak kita arrange strategy nak masukkan gol kan?boleh jek interaksi dengan pemain-pemain lain dengan baik.. Nape tidak keluarga???Suami isteri? Jangan nanti, sorang masuk pintu depan, sorang lagi keluar pintu belakang..Ape cer ni beb????? Apa-apa kena lah bawak bincang, ada masalah duduk sam-sama. Jangan menipu..kan??? Macam persahabtan jugak..macam pokok, macam kereta..kena selalu jaga,selalu basuh, selalu belai..macam tu jugak alh hidup berkeluarga....Kalau sayang tunjukkan, kalau ambil berat tunjukkanalah... Kalau tak , jangan salahkan sesiapa kalau ada yang kelaur rumah dan mencari segala kekurangan di luar!!!! Kena lah selalu saling memahami,,jangan satu side jek...KAlau pokok bunga,,kau letak baja jek, tapi tak pernah nak siram..Apa jadi??lecur lah weiiii~~~

####Renung-renungkanlah..tepuk dada tanye pengalaman, tanye perlakuan, tanye iman....banyak lagi aku nak mengomel..tp dah blurrr...nanti2 lah sambung..chow sinchi dulu lah yer

Jangan Memilih Aku


Terenggut hatiku terpanah asmara
sedih suka sirna sudah
bila kau jadi milikku

Memang lukaku belum sembuh semua
juga dukaku belum sirna semua


reff :
Jangan memilih aku
bila kau tak sanggup setia
kau tak mengerti aku
diriku yang pernah terluka

Jangan memilih aku
bila kau tak sanggup setia
kau tak mengerti aku
diriku yang pernah terluka
cinta

Ku pernah terluka

Hasrat ini mau hati
tak mau pisah darimu

back to reff

Diriku yang pernah terluka
cinta

Jangan memilih aku
Jangan memilih aku...
 
p/s: lagu ni memang besh ah..suara hati anang sama lah dengan suara hati akuu...huhuhuhu

Tuesday, June 1, 2010

GAZA again....SAVE them

Beberapa hari ini kita digemparkan dengan berita kekejaman Israel yang menyerang kapal-kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza. Lebih membimbangkan, seramai 12 orang rakyat Malaysia terlibat sebagai aktivis sukarelawan dalam misi tersebut. Siang tadi,semua bimbang, termasuklah aku. terkejut bila tengok paper hari ni. Yelah,,serangan tu waktu Malaysia pagi tadi. Padahal kapal-kapal itu baru saja berlepas...Namun, apa yang saya faham, kesemuanya selamat. Kebetulan, ada liputan talian di antara TV3 Seri Pentas dan salah seorang wartawan TV3 yang turut menyertai misi tersebut dalam buletin TV3. Alhamdulillah....


"Bukan semua org berani dan mampu utk jd aktivis sukarelawan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza, moga mereka semua selamat dan dipermudahkn sgala urusan..Ya Allah,,andai mereka gugur,,syahid lah mereka dan muliakanlah tmptnya di sisimu..."

 

Berikut adalah nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) yang berada di atas kapal penumpang “Mavi Marmara” milik IHH, Turki ketika diserang oleh komando laut Israel di perairan antarabangsa hari ini. Sumber LL4G


1. Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUANPalestin
2. Dr Mohd Arbai’e bin Syawal, HALUANPalestin
3. Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, HALUANPalestin
4. Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUANPalestin
5. Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUANPalestin
6. Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif
7. Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal Malaysia (AMAL MALAYSIA)
8. Dr Selamat bin Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM)
9. Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care
10. Mustafa bin Mansur, MAPIM
11. Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO
12. Shamsul Kamal Latif, Juru kamera ASTRO

 Dari dulu,,kekejaman Israel tak pernah berakhir. Mereka tak habis-habis nak musnahkan umat islam palestin. Sebab itulah yahudi dari dulu lagi terkenal dengan gelaran kaum laknatullah. Ya Allah,,Kau berkatilah umat palestin,,lindungilah mereka...aminnn...

Semakin dihayati, semakin gentar aku nak melalui.. Adakah benar kiamat itu sudah dekat???Peperangan kafirun dengan islam telah lama berlangsung, namun,,yang terbesar masih belum berlaku..Cuaca yang semakin panas, air2 sungai utama dunia susut mendadak, bencana alam berlaku silih berganti..Ya Allah,,aku masih alpa di atas muka bumi mu ini....

Sahabat, teman dan semua rakyat Malaysia yang beragama Islam, amrilah kita berdoa dan bangkit memerangi Israel. Mungkin bukan dengan senjata api, namun kita ada senjata yang paling utama dan senang dilakukan..iaitu Do'a.. Marilah beramai-ramai melakukan solat hajat dan qunut nazilah untuk saudara mara palestin kita.

Selagi apa yang kita mampu, mari kita laksanakannya......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...