SELAMAT DATANG-WELCOME-AHLAN WA SAHLAN

Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts

Semua contengan di sini adalah hak cipta terpelihara tuan tanah. Segala salinan dan tampalan tidak dibenarkan sama sekali ya!!! Apa jua hasil paparan di sini adalah titik peluh dan perah otak tuan tanah. Tuan tanah punya hak mutlak untuk buat apa sahaja. Sebarang komen membina dan menghina di jemput dengan tangan terbuka. Kepada yang berminat dan sokong, jutaan terima kasih ya. Pada yang tak suka dan dengki, terima kasih juga ya. No body perfects, i've tried my best.Blog ini hanya lah untuk hiburan, menjadi kawan dan diari tuan tanah. Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam..!!!Thank you for visiting this blog. Please enjoy...(^__^)

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers

Saturday, May 29, 2010

JAWATAN KOSONG KERAJAAN

Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan sebagaimana di bawah.  Keutamaan akan diberi kepada rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara Malaysia yang telah menduduki Negeri Johor tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut.


Bil Jawatan
Klasifikasi Perkhidmatan
Jumlah Kekosongan
Gred
Taraf Jawatan
1. Pegawai  Perancang Bandar Dan Desa Kejuruteraan 2 J41 Kontrak
2. Akauntan Kewangan 1 W41 Tetap
3. Penolong Jurutera Kejuruteraan 1 J29 Tetap
4. Penolong Jurutera (Ukur Bahan) Kejuruteraan 1 J29 Tetap
5. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Perubatan Dan Kesihatan 3 U29 Tetap
6. Penolong Akauntan Kewangan 1 W27 Tetap
7. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Sosial 1 S27 Kontrak
8. Pembantu Pertanian Pertanian 1 G17 Tetap
9. Juruteknik Kejuruteraan 5 J17 Tetap
10. Juruteknik Perancang Bandar & Desa Kejuruteraan 2 J17 Tetap
11. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Pentadbiran & Sokongan 10 N17 Tetap
12. Pembantu Tadbir (Kewangan) Kewangan 2 W17 Tetap
13. Pembantu Akauntan Kewangan 2 W17 Tetap
14. Pembantu Penilaian Kewangan 3 W17 Tetap


Wednesday, May 26, 2010

Apa dah jadi??????????

Im tired pretending evything okay.. I wanna be appreciated... When?? When Im gone?

Its too late!!huh... Am I too kind??too stupid??too bored??or Im not perfect enough?

Tu satu hal...tak kisahlah,....

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Ni yang pelik tengok ragam org yang bernama manusia yang punyai hati dan perasaan tu..ada akal fikirannnn... Apa nak jadi entah.. Orang kiri macam tu, orang kanan macam ni, orang depan macam tu, orang belakang macam tu....eeeeee....

Aku tak faham bila tengok sekeliling..pehal entah suma jadi macam tu..

Boleh nyanyi lagu S.M Salim..."Apa dah jadi???" ni kan kwn2???

Berani buat berani tggung rr!
BERANI KERANA BENAR!!!!


Ingat, kalau orang nak lari dr ksilapan,,mula berdaleh pelbagai alasan dan macam2 jalan..Kita ni antara sedar dan tak sedar jer..Tapi kalau kita bijak menilai..haa,,that's good...tp kalau hati ni dah disalut dgn kepercayaan yg x dhargai,,kita terperangkap lah jwbnyaaaa....

Jgn mudah tertipu yer,,mcm2 org ada sekeliling kta ni,"mcm2 ade",lidah brcbang ade,tikam blakang ade,main kayu 18 ade,putar belit,hasad dengki,eeee,,mcm2 lah ade..Kdg sngaja menguji ksabarn kta.Org wat baek,kta bls baek,tp kta wat baek,org balas ape???Bkn mhrpkan balasan,tp LU PIKIR SENDIRI BEB.Blajar tggi ke X,yg pnting pndi bfikir.Bwk2lh brtobat.Jgn nyesal kmdian hari..Moga Allah tunjukkn jln pd org2 mcm ni.AMIN....

ingt satu je,,,,,

WHAT YOU GIVE YOU WILL GET BACK...
soon or later,,just wait!!!


Renung-renungkan lah bersama.....


Tepuk dada tanya diri sendiri....


###Sumbangan dari seorang hamba Allah,,thanks 4 sharing..May Allah bless u always..May get ur happiness back...

Tuesday, May 25, 2010

Firasat

Ku sangka laut rupanya sungai
Ahai luasnya
Tak nampak pulau di tengahnya
Ombak tak ada

Firasat nun jauh
Datang dekat baru jumpa
Melihat nun jauh hai
Baik datang lihat

Melihat orang dari jauh
Baik selidik dulu
Hai jangan cuba nak mengata
Orang tak berdosa

Bersangka buruk jangan sesekali
Mengumpat mengata atau hasad dengki

Hormati tak kira tua muda
Berbudi berpada-pada
Berbaik sesama insani
Tak kira keturunan

lagu:Firasat
penyanyi:To'ki

Kisah Kita-STACY

Kita telah bersama
Warnai dunia
Ketawa dan duka
Seiring bersama
Waktu yang bergulir
Memisahkan kita
Tapi hati kita
Tak akan berpisah

Satu cita-cita
Mimpi dan harapan
Selalu bersama
Dalam satu rasa
Rindukan selalu membayangi kita
Menjalani waktu
Dengan kisah kita

Chorus
Bebaskan harimu dengan cintaku
Ekspreksikan dirimu dengan laguku
Satukan mimpimu dengan mimpiku
Ini kisah kita

Ulang Chorus

Kita telah bersama
Warnai dunia
Ketawa dan duka
Seiring bersama
Waktu yang bergulir
Memisahkan kita
Tapi hati kita
Tak akan berpisah

Ulang Chorus 4X

Reunion-BBQ party


Hye there,,Let's get party.....

All are invited to join this reunion....we wil have Berbeque Moment.

Semua dijemput hadir yer..
Tak kiralah, 6 Doktor ke, 6 Akauntan ke..
Sumer batch UPSR 1999 SKSIB dijemput hadir...
Jom eratkan silaturrahim yang lama terputus....
Kita lah belia generasi baru yang bakal menerajui felda...hehehehhe

Gunakan masa ni, nak kembangkan bisnes ke, jemput majlis kawin ke, apa2 saja..boleh dikongsikan...

Venue: No.82 Jln Melati, Felda Sg.Sibol
Time: 8.30 pm - 12 pm
# RM 15 per person
 

Menu:
- Satay
- Bihun Goreng
-Roti Kukus
-Cocktail
-Orange Juice
-Watermelon

#Bayaran boleh dibuat secepat mungkin sebelum 28hb Mei..

Sebarang pertanyaan dan bayaran boleh diajukan kepada:-

Epul, Keneng, Syuhada, Amoy,

Sunday, May 23, 2010

Just A Minute....Its OKAY

Salam semua..Im back..(*__^)...

Semalam, 22 May 2010, lepas je keje (half day on saturday). Aku dan abah berangkat terus ke Mersing untuk hantar satu-satunya akak ipar balik. Hari hujan renyai...alhamdulillah perjalanan kami sampai dengan selamat. Dalam pukul 4 lebih, kami tiba. Abah terus bergegas ke bandar kerana ada urusan tanah. Aku pun tunaikan solat asar, then leaps tu..tup2,,nampak ada motor baru la.. hehee..pe lagi,,take the key, and broooommmm...

Ronda dan meronda lah aku petang tu sendirian. Lalu ku terus ke tapak rumah pak andak. Rumahnya still under construction. Alhamdulillah, langkah kanan aku waktu tu. 

Pak andak, "Ti, jom ronda naik kete..belaja bawak kete jom..."

"Ish, lama dah tak pegang stereng ni pak andak. Lesen org pun dah mati....." jawabku..

"Takpe,,jom.." pak andak balas sambil start enjin Toyota Hilux hitamnya...

"Giler ah, besornye aku nak bawak..takotttt" aku bermonolog sendirian.

Mula-mula memang gelabah habis.hahaha....Pak andak pun cuak. Aku kejap ke tengah kejap ke tepi...
Lepas 15 minit, okay,,aku dah boleh imbang jalan. Cuma bila nak belok or wat U-turn,, aku tak berapa cakap lagi. Dua kali kitaorg ronda penyabong, tg resang....Lepas tu pak andak ajak aku pergi bandar mersing isi minyak..Jam dah pukul 7 ptg.woooo~~~

Ikut jalan luar masa tu pergi bandar, dari penyabong terus ke triang dan teurs ke bandar mersing. Memang gugup.Tapi seronok habis, jalan raya besar sikit..Sedap lah drive kan..Aku pun laju je tekan pedal minyak...yuhuuuu....

Sampai petronas,,ingat nak tukar drive,tpi pak andak suh aku gak drive balik umah..hahaha..pucuk dicita ulam mendatanglah kan..broooommmmmmm..Aku hantar pak andak ke rumahnye, then aku bawak balik hilux ke umah..huuu...terkejut abang aku...Alhamdulillah,,selamat.cuma banyak terlanggar tahi lembu jer...sowi my uncle Andak..hehehe

Keesokkannya, aku bangun je..Lepas basuh muka terus capai kunci motor nak pegi ronda pantai..Sendirian lagi...Kol Mr.I masih tidur kepenatan keje..Ade program katanya di Kmpg Wak Salam.. Mula pergi pantai Teluk Gorek,,ramai pulak orang, nak shoot segan lah plak...Aku terus ke pantai tanjung resang,,Erm,,org tak ramai,tapi xde shoot yang cantek ah.. Lepas snap bape keping, aku terus pusing kat kmpg trengganu..yeehaawww~~





Ni pakkal sorang ni,kalau berteman best gak shoot lelama...macam-macam shoot aku leh buat....(>,<)










Ni lah motor yang berjasa..Ni motor pak andak..aku main kebas je pinjam..motor baru wokkk~~~









Ni rumah arwah nenek, sekarang abang aku dan isterinya secara rsmi tinggal di sini.. Nasib baik,,leh gak selalu kami sekeluarga balik bercuti... Pangkin tu lah tempat selalu ahli keluarga berkumpul borak-borak..hehhe...depan umah ada warung...Warung Kita.... abg berniaga...alhamdulillah,,,jadi salah satu sumber pencarian rezeki keluarga....







haa..tulah antara gambar yang sempat aku shoot..kali ni balik kejap je..tak sempat nak ke mana..nak dating pun tak sempat..hehehe.....kay,,we'll back later....

Wednesday, May 19, 2010

bayu suara

3.15 pg...hujan lebat membasahi bumi sibol..urrmmm...dalam kedinginan dan kesejukan ini,aku masih lagi terkebil-kebil...pandang syiling,,novel "dalam dakapan kasihmu" telah habis ku khatam... Happy ending...alhamdulillah...tapi bagaimana dengan kisah hidupku????happy ending jugakkah??? Tulah,,teringin gak nak wat love story or bibliographi kisah sendiri...tapi belum kesampaian,,satu hari nanti insyaAllah..akan ku tunaikan....

Puas godeh handphone w705..segenap folder,segenap peti mesej..semuanya ku lihat...mengelamun jap..tapi tak jugak tidur...hai,,kenapalah liat sangat mata ni...hati tak sedap..lalu ku bingkas bangun dari katil. keluar lah..."jom online" bisik hatiku....

Tiba-tiba,,gelisah aku membawa aku ke satu laman..erm,,,facebooklah...tiba-tiba jari-jemariku tangkas menaip...klik sana..klik sini...log out...masuk satu akaun facebook...Ya Allah,,maafkan ku... hati aku menginjak-nginjak ingin membukanya...lalu.....

Gulllppp...lidah kelu....mata bergenang..hati sayu..tersentak rasanya....

Adakah ini jawapannya????

Mengapa aku???mengapa aku jadi mangsanya???Baru semalam aku bicara pasal tipu,ditipu,kene tipu setelah baca salah satu babak hiba dalam novel..tapi dipagi yang dingin ni,,ia jadi realiti pula...

argggghhh...Ya Allah....hebat ujianmu...

dadaku sakit..sesak rasanya....lalu ku padam semuanya....cukuppp...

tiba-tiba hati ingin menulis surat...surat....mungkin nanti berguna bila.....

Tuesday, May 18, 2010

Jangan.....

jangan kerana guruh bergempita
air di tempayan kau keringkan

jangan kerana unggas di rimba
denak di sangkar kau lepaskan

jangan kerana pelangi yang indah
lampu di kamar kau matikan

jangan kerana kerlipan kaca
zamrud di tangan kau lemparkan

jangan kerana buih yang indah
bumi yang nyata kau tinggalkan...

unggulkah sebuah cinta
yang diselubungi pelbagai rahsia

wujudkah sebuah kebahagiaan
tanpa kesetiaan dan kejujuran?...


Note: oleh abdul rahim awang.

Monday, May 17, 2010

Madah CInta

  • Andai kau dapat melihat hatiku, Andai saja kau dapat membaca fikiranku, Betapa ruang jiwaku penuh bayangan dirimu, Menghiasi hari-hariku , Senyum dan suaramu teduhkan jiwaku , Cintailah aku dengan kesungguhanmu 
  • Biarlah yang dulu jadi masa laluku, dan kau menjadi masa kini serta masa depanku.
     
  • Kalau cinta ibarat penyakit,aku taknak makan ubat.Biar aku merana diserang penyakit ini krn aku ingin kau tahu betapa aku mencintai kau!
     
  • Org kata kita hanya jatuh cinta sekali saja. Tapi setiap kali aku mendengar suaramu, aku jatuh cinta sekali lagi! 
  •  Tuhan memberikan rasa cinta dalam diriku, dan aku memberikannya padamu. Tolong jangan diberikan lagi pada orang lain.
  • Aku mahu kau tahu aku menyintaimu setulus hati..bukan hipokrit, bukan cinta palsu..bukan ada kepentingan, Ini adalah cinta tanpa syarat, Aku begitu menyintaimu.. 
  • Cinta kita banyak ranjau. Tapi percayalah ia tidak sedikit pun mengurangkan cintaku padamu.Kau adalah insan teristimewa dalam hidupku 

Betulkah itu LELAKI???

Malam ni,,sedang aku melayari laman sesawang,,dari satu laman ke laman yang lain dek kerana mata yang tak boleh lelap. Mata memang pedih,,ngantuk.Tapi tak boleh nak pejam......Tetiba terjumpa satu artikel dalam satu blog hamba Allah..Aku tertarik nak kongsi, mungkin betul mungkin tidak.. 

10 Perkara Membuktikan Lelaki Itu Rumit

 1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.
Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.
Jika dia yang lebih pintar, dia terasa dirinya hebat.

5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.
Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.
Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya. .

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .
Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.
Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.
Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar
untuk dijaga hati.

10. Jika kamu mengirimkan ini pada mereka yg bernama lelaki, mereka pasti bersumpah semua ini tidak benar..

Apa kata lelaki?

Dari:http://selangor2u.com

~tiada tajuk~

malam ni,,dada terasa sakit sangat...kepala jadi bingung...lidah kelu...pergerakan kaku....minda cuba ligat berfikir..tapi kosong,,sunyi..hanya sepi malam memecah sunyi..bunyi-bunyi sang cengkerik dan angin malam menemani...namun tak berupaya mendamaikan hati.hari demi hari,,pelbagai badai melanda.kadangkala membawa berita gembira.kadangkala hanya merempuh dan merumukkan hati.sakit...pedih....namun tatkala ia memeriahakan hati dengan bahagia dan gembira...hati senyum dan melayang..terbang...tinggi ke ruang lebar bewarna biru itu..namun ia kadang kejap.hasrat diri ingin mengecapi lama.tapi,nampak payah..keindahan dikejar.semakin dikejar,semakin banyak kekalutan dan kekacauan mencelah mengekori.lari laju,dan laju lagi.dengan iringan doa padaNYA.percepatkan langkah maju ke depan.moga segala usaha dan kecekalan membuahkan hasil.moga nadi ini terus berdenyut untuk memperjuangkannya....Ya Allah berkatilah..ku mohon keberkatanmu untuk ku teruskan langkah dalam percaturan dugaanMu di segenap alam ciptaanMu ini....


Aku tak sempurna

Sempurna...
Semua manusia inginkan kesempurnaan dalam hidupnya...
Sempurna dalam diri,
Sempurna dalam hidup,
Sempurna da;am kerjaya, pelajaran dan cinta...

Namun,,
Bukan mudah untuk mendapat kesempurnaan itu,,
Kerana tiada apa yang sempurna di dunia ini..
Sempurna sempurna manusia adalah Rasulullah s.a.w..

Memang digalakkan untuk meningkatkan kualiti diri dari masa ke semasa...
Usaha demi usaha diperlukan,
Namun jangan memaksa melebihi kemampuan diri,,
Kelak kan binasa..

Jangan memaksa orang lain...
Berikanlah dia ruang dan jalan..
Kita hanya perlu mengiringi dan membimbing..
Selebihnya usaha mereka sendiri..

Namun,,
Gagal sekali bukan gagal selamanya..
Niat dan kecekalan yang jelas,,
Akan membuka peluang seterusnya,,

...continue
Rafeah Buang & Omar Suwita

Suka Sama Suka
 


RB:
Burung nuri terbang malam
Turun mandi sayang dalam taman
Cinta jangan kanda buat mainan
Nanti merana badan
( 2X )

OS:
Kalau sudi kata sudi
Biar senang di hati
Kasih kanda kasih suci
Dengan sepenuh hati

RB: & OS:
Bila suka sama suka
Apalagi sayang nak dikata
Bila cinta sudah sama cinta
Kasih datang bersama

RB:
Jangan suka main cinta
Kalau tidak sayang kasih mesra
Memang mudah kanda kata cinta
Kalau di bibir saja
( 2X )

OS:
Kalau sudi kata sudi
Biar senang di hati
Kasih kanda kasih suci
Dengan sepenuh hati

RB: & OS:
Bila suka sama suka
Apalagi sayang nak dikata
Bila cinta sudah sama cinta
Kasih datang bersama

 

Saturday, May 8, 2010

Selamat Hari Ibu- Kasih Ibu

KASIH IBU 
by burn AF1
 
Ketika aku dibelai
Kasih sayang mu terindah
Kau tersenyum bila melihat diri ini
Kini ku telah dewasa
Kasih dirimu tak berbelah bagi
Hanya pada diriku
Seharum bunga indah
Pelukanmu itu sayang
Bak awan biru melindungiku

Korus:
Hanyalah kasihmu
Yang aku perlu
Tiada duanya untuk kubandingkan darimu
Hanyalah kasihmu…. ohh ibu
Biarlah bersemadi dalam hati
Buat selamanya ohhhh
(Ulang semua rangkap)

Bridge:
Kau ternilai bagi diri
Kesungguhanmu mendewasakanku
Andai semua berubah akhirnya
Sinarmu hilang selamanya
Ohh…


Wednesday, May 5, 2010

~~Hari buruh * Labour Day~~

1 Mei 2010.... Satu family pulang ke kampung... Abang mie yang sememangnya menetap di kampung mak,, sibuk berniaga warung... So, mak dan abah balik membantunya di sana. Abang iparku dan akakku pula sibuk berniaga kedai makan di kampung abah, kami balik sesekali bila tiba cuti umum berniaga di Air Papan.. Memang seronok, walaupun sambutan kali ni tak seberapa berbanding cuti raya cina yang lepas, tapi semua happy sebab kali ni macsm balik berkelah bersama keluarga..huhuhuhu...ni antara gambar yang sempat aku rakamkan.....



2 Mei 2010....semua beransur pulang.....

Rentetan Peristiwa 1

Salam satu Malaysia semua....

moh sini aku nak stoly molly..huhu...

12/4/2010


First day of practical training...yuhuuuu,,,semangat nak pegi tetapi hati giler bedebar.....ni la gmbar first day aku di opis...Sindora Timber Sdn. Bhd. Bila dah merasa dok opis, barulah tahu langit tu tinggi ke rendah....hhahah..time ni lah mula rindu nak belajarrrrr.....

-----------------------------------------------------------------------------------
13/4/2010


hari ni  aku dibawa ke factory visit oleh Pn.Dilla...Syiok jugak tapi agak kepanasan lah..Almaklumlah production area kan..penuh dengan machine...huhuhu




Ni tapak kilang cendawan


Ni Moulding Department

-----------------------------------------------------------------------------------
17/4/2010


 

Kenduri Doa selamat dan tahlil di rumah akak aku kat batu pahat... Balik je keje ari sabtu, terus aku, mak dan abah bergegas ke sana... Alhamdulillah semua berjalan lancar...Makan nasi beriani woooo~~





Memang tak ingat dah nak diet time ni,, makan nasi beriani punyer pasal..hahaha,,,aku leh pulak makan kambing masa ni,,padahal tak pernah nye aku ni suka makan kambing..tapi disebabkan rasa nya yang sedap, tak berbau,, aku tibai jerkkkk....

 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

19/4/2010

 

Aku dapat anak buah baru...Gurl niece..comey sangat,,namanya Iffa Afiqah bte. Zuraimi.. Abah aku panggil dia mek tanjung..hahaha.... Tapi memang comey abes... Macam aku..huweekkkkk.... Dalam keluarga aku,,memang kitaorang ramai anak buah lelaki..sumernye boleh tahan nakal dan cerdik..huhu,,so kali ni,,memang semua mengharapakn sang puteri bakal menghiasai keluarga kami..Alhamdulillah,,dapat sang puteri....



---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


24/4/2010




Arini kawan aku kawin,,Norlinda Panidi,,dia ni schoolmate aku masa sekolah SMAT dlu...Dia da jadi ustazah dalam kem skrg..Alhamdulillah,,,jadi anggota KAGAT da..aku jerk blaja x abes2 lagi..chewaah,,nak kawin jugakkkk..huhuhu






Malangnye nasib aku dan syu,,tak sempat nak tengok linda bersanding.. pengantin bersanding awal rupernye..ikut tentatif sepatutunya pukul 2.30ptg,,tapi diawalkan pada pukul 12.30 tghri... kitaorang samapi pengantin dah pakai baju persandingan last dan tengah possing outdoor...tu jela gambar yang semapt dirakamkan..hahahha



Balik dari wedding linda, aku, nuar dan syu pegi McD jap huuhhu...kebetulan aku nak pegi anakku nak beli present anak buah baru aku...huuu

Dapat gak aku merasa Gundam si nuar nie..huhu...
pastu aku pun tunaikan janji aku nak payung dia MCD...lama dah janji sebab dia pernah tolong wat assingment aku....TQ bro...huhuhu




---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 28/4/2010

Pagi-pagi lagi aku da takde mood nak pegi keje..tak tahulah nape pada mulanya... bangun subuh tu pun liat je rasa.. So, aku bersiap2 lah seperti biasa... As usual, abah aku anta.....then,,,tiba-tiba,,,tayar keta pancit daaaa.... Sampai kat simpang depan kilang pe ntah,, ada kete bagi hint cakap ada sumthin kat kete..Abah pun berhenti tengok tayar pancit... Abah kata takpe,, kita pegi pam kat Shell depan..aku memang risau tak sempat nak pam je...sampai jerk,,abah aku pam, pam punye pam,,tak jalan..tayar dah pecah teruk..huuu..pe lagi kene tukar tayar alin la..So mintak lah tolong orang kat situ,,sebab abah aku takde Jack...Aku pun kol opis, suh sape2 amek aku...So,hari u lewat sikitlah aku pegi kije..Pape pun,,TQ ssesangat kat abah..Sanggup susah nak antor aku...LOVE u...(◕‿◕✿)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
30/4/2010

Hari ni last day kawan satu tempat prktikal aku..kira dia ni ex-schoolmate aku masa sekolah rendah dulu..So, aritu,big boss belanja kami nasi beriani "Gila-Gila Beriani" dekat area Makam Tujuh, Sg. Sayong...memang shedap..tq bossshhh..huuuu..Aku memang bersemangat habis sebab hari tu...lepas keje nak balik kampungku..Mersing terchenta....Pelbagai kenangan di sana,,dari aku baby sampailah sekarang ni haaa....



So,,member aku bergambor sakan masa hari last dia...aku pun sebok gak shoot sana shoot sini area kilang..saje2..sepanjang bape minggu aku praktikal kat situ, xde lagi gambor...nilah hasil nya..







Nilah dia tempat praktikal aku...Sindora Timber Sdn. Bhd.. Anak syarikat Sindora Berhad...Sekarang company ni join venture entrepenur dalam:-
  • Tanaman cendawan
  • Produk Kayu
  • General Access(jentera)
Arini aku beli 4 kilo cendawan untuk abang2 aku wat berniaga kat kampung..almaklumlah dua-dua dah ada kedai makan..Satu di Tg.resang dan satu lagi di Air Papan.. Aku beli 3pack yang siap bersih dan sos untuk bakal...ehem2...huhuu..mak IZ.... Dalam kol 6 aku dan mak berangkat pulang ke Mersing..

~~TaK SeHaT ____ o(╥﹏╥)o

Salam semua....arini,,5/5/2010..aku sekali lagi tak pegi keje..aritu 19/4/2010 tak pegi sebab akak ipar aku bersalin...huh..tapi hari ni aku tak pegi keje sebab tak sehat..subuh tadi aku tak larat gielr nak bangun, kepala rasa berat..kol 7 pg mak aku kejut lagi....

"tii,mu tak pegi keje ke arini?" tanya mak..
"ala mak,,tak larat lah...." jawab aku...
aku bangun bawak selimut, lari baring sebelah mak ngan abah kat depan tv..dorang ngah tengok MHI kt TV3... aku pun batuk ..huk huk huk huk...
mak aku sapu minyak kat dada.....
"ish,,panas badani siti ni...tak payah [egi keje la...kita pegi klinik...tak baik-baik batuknye..ubat makan.." cakap mak..
"aku pun hanya mampu a'aah jer...."

Aku pun capai hp,, mesej boss cakap tak pegi keje rini..mesej Iz...
Iz hanya balas, "pegi klinik.."

Marah bunyinyer...da lama si Iz suh pegi klinik..as usual,,aku ni memang liat nak pegi kinik kalau sakit..melainkan kalau dah tak larat barulah sebok nak pegi...

Aku pun sambung tidow sampai lah kol 10... memang heaven, bangun-bangun,, cari mak takde..rupernya kat belakang tengha menyapu kat belakang dengan abah.. 

"mak, jadi tak nak pegi klinik??" tanya aku..
"jadi, pegilah siap, mak dengan abah nak pegi pusat rawatan Mazioka sekali.." jawab mak...
dalam kol 11 kami sampai kat pusat rawatan,,mak aih,,ramai nye orang,, mak cik, pakcik, tokcik, adik cik, abg cik n kak cik sumer ade wooo~~ ni lah first time aku datang,,selalu dengar mak dengan abah cerita je... ramai gak la orang sekampung ada..kawan-kawan yang keje sebagai sukarela kat situ pun ade.... 

lama gak tunggu mak dengan abah..aku cuma duduk je tengok ragam orang.. nak cuba duduk kat kerusi rawatan.. orang ngah demam tak boleh...so, tengok jela.. ngah duduk, ada gak la makcik dan akak yang hulur tangan nak salam walau tak kenal..aku sambut dengan senyuman... nilah keindahan jadi orang melayu,, penuh dengan keramahan....pastu,,ade jugak lah beborak dengan pakcik dan makcik yang aku kenal...huuu
ada antaranya mak dan ayah kawan-kawan sekolah rendah dan jugak sekolah menengah dulu-dulu... 

Soklan yang paling kencang dorang tanye..."dah kawin?", "bila nak kawin?"...hahahahha..i like...(gatai...)

dalam kol 12 baru mak dan abah siap wat rawatan...emnuju lah pulak kami ke klinik... Klinik NurHayati tutup,,klinik A'fiat pun tutup..aku dah merungut,,,
"haish,, ape ni,,waktu macam ni dah tutup...nyusahkan orang jela..."
"kita pegi klinik kerajaan lah",abah aku bagi cadangan...
"okay..jom" balas aku...
yelah,,nak patah balik pegi bandar, malas.. ada lagi dua klinik kat sana,, Klinik Bakti dan Klinik Nash...

Pegi je klinik kesihatan kerajaan....naaaa....kat kaunter je kot..dorang wat kaunter saringan H1N1,,so sape yg demam tak payah masuk dalam...check kat luar je...aku tunggu punya tunggu,,akhirnya giliran aku sampai....

"yer, sakit ape? demam ke?" jururawat tu tnye...(aku x sure dia dktor or jururawat llki)hhahaha
"saya batuk,,selsema,,badan bisa,,tapi semua tu malam jer..klu siang kurang...badan pun asal malam je panas...s" aku dengan kepoh jawab.
"ooo, batuk ada kahak??da lama batuk?"
"da lama da,,berminggu-minggu da rasanyer...batuk kadang ada kahak.."
"okay, saya bagi ubat batuk ni,, makan 3 kali sehari,,kita akan amek sample kahak, takut ada jangkitan kuman..."
"erm ,okay...ade MC x?
"keje ke? kat mana?"
"aah, Kat Sindora"
"kita takde MC, kita ada surat pengesahan jerk.."
"ek eleh,,,pe barang takde MC..."(aku cakap dalam hati)


Ni dia dua lagi bekas sample aku kene bawak balik..then,,esok dan lusa aku kene hantar sample kahak aku ke makmal yang sama...haddooooyaiii...

Pastu aku masuk pegi kaunter makmal seperti yang disuruh, aku diberi bekas sample untuk amnbil sample kahak aku..lawak je.aku siap gelak-gelak,,,

"eeh awak ni, gelak pulak orang suruh amek sample kahak, dah pegi toilet tu...letak kahak awak dalam ni yer..."

 Aku akur,,wat seperti yang disuruh...
Sampai je kat kaunter,,
"haa,,ni ada lagi dua bekas, satu bekas untuk esok, satu lagi untuk lusa yer..awak anta kahak awak kat sini sebelum pukul 10pg.."
"haa?lagi dua ni ke?"tanye aku sambil gelak besor dari tadi...
Orang kat kaunter makmal tu hanya angguk je sambil senyum...

Sambil jalan balik, aku citer kat mak dan abah...geram dan gelak suma ada.. Ubat abtuk sebotol je aku dapat,, badan aku yang berbisa ni tak dapat pulak ubatnye..adoyaaaiiiiii..ni yang malas nak pegi klinik kerajaan....~~~o(╥﹏╥)o mak aku kata, "takpe, tengok dua tiga hari lagi, kalau tak okay kita pergi klinik swasta yer.."
Mula bila tengok muka depan ni macam takde ape..tapi dah bukak dalam..penting sesangat....

Tadi masa kat kaunter, dorang ade bagi pamplet pasal cara-cara buang kahak yang betul dan pasla penyakit TIBI...tiba-tiba aku jadi cuak..takutttt....tanda-tanda ada yang sama....huwaaaaa........


Ni la dia pamplet tu..kat dalam ni jugak ada description pasal penyakit TIBI...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...