Urgent....Selepas pulang dari event baca@LRT di Amcorp Mall,, aku bergegas pulang ke johor setelah mendapat tahu akan keadaan nenekku yang sakit dan ditahan di wad,Hospital Mersing. Aku bersiap secepat mungkin dan menuju ke Pudu raya dengan menaiki bas pada jam 4.50 ptg, dan ambil LRT di Putra dan terus ke MAsjid Jamek untuk mengambil LRT star ke Plaza Rakyat. Aku sampai pudu tepat jam 5.45... Tiba di kaunter, aku terlepas untuk beli tiket ke Mersing jam 6 kerana sold out,,,kalau ada pun pukul 11mlm.. Haish..tension dah mula menyelubungi... Aku kol mak, mak suruh turun batu pahat saja..kerana akakku juga akan pulang ke kampung esok hari...
So, aku beli tiket ke BP dan beli terus tiket pulang dari johor-KL...malangnye, tiket untuk 21hb pun sold out,,yang ada suma bas malam.. Erm,,tak nak lah,, pukul berapa nak samapi KL, pukul berapa aku nak sampai kampus malam-malam macam tu.... So, terpaksalah aku ambil tiket 22hb pagi.. dan berkorbanlah aku untuk ponteng kelas sepanjang hari..huhuhu...maaf pada semua pensyarah2ku....=)
Sepanjang di pudu menanti bas tiba, macam-macam ragam ada.. dengan ulat tiket yang menyakitkan hati sibuk mengganggu privasi kita,, kejenye tanye nak pegi mana..kena marah sekali dengan aku,,haaa,,,padan muka...bas datang agak lewat setengah jam kerana kesesakan lalu lintas... Memnag menguji kesabaran ku...dengan keadaan yang risau akan nenek dan penat menanti bas yang lambat.. Aku terlepas kemarahan pada akak jual tiket..maaf ye kak, tak sengaja...=(
Dalam pukul 10.05 mlm aku samapai di stesen bas BP, akak aku ambil dan kami terus bertolak pulang lke Mersing malam tu juga....tak jadi untuk pulang esok... dalam pukul 1.30 pg, kami samapi di Hospital Mersing.. Kami minta kebenaran untuk masuk sebentar menjenguk nenek.. pada mulanya tidak dibenarkan kerana bukan waktu melawat, namun setelah kami meberi pelbagai penjelasan, akhirnya, dapat juga kami masuk ke wad...
Mana tidaknya,, akak ku baru saja pulang dari australia dan aku dari kuala lumpur...mestilah nak tengok nenek...
Lepas tengok nenek 10minit, kami bernasur ke rumah nenek di tg.resng kerana semua family berkumpul di sana... Dalam pukul 2.30 pagi kami sampai.. Apa lagi, sampai je, minum2 jap apstu tidurlah...keesokan pagiya dua akakku bersama suaminya pergi ke hospital untuk bertemu doktor,,,kami ingin memohon untuk bawa nenek pulang jika keadaannya kembali stabil. Slaah seorang abg iparku merupakan doktor..jadi, jika keadaan nenek stabil dan tidak teruk....abg ku boleh merawatnya di rumah sahaja... Aku hanya duduk di rumah membantu apa yang patut....mak kata, kami akan pergi untuk sesi lawatan pukul 2...
lepas makan tengahari,,,kami sekeluarga bersiap-siap unutk ke hospital menziarahi nenek... Sebelum itu kami makan di warung abg sulung kami,,unutk mengalas perut kerana ada antara kami yang akan beransur pulang ke rumah masing-masing kerana anak-anak dah naik sekolah esoknya.. Mr.I turut hadir....aku mengajaknya menziarahi nenek sekali....
Abgku menunjuk kepakaran memasak di warungnye....hehehehe
Semua menaiki kenderaan masing-masing dan aku juga tidak lepaskan peluang naik bersama Mr.I ditemani anak buahku... Kami berkonvoi ke hospital... Separuh jalan aku pula membawa kereta MR.I..tq sayang bagi ayg bawak...hehehhe
sampai di hospital, berkerumun lah kami di katil nenek..nenek masih tidur... Doktor kata keadaan beransur stabil...kemungkinan sehari dua akan keluar lah.."alhamdulillah... dapatlah aku pulang ke kampus dengan tenang esok pagi.."aku bermonolog....setelah beberapa lama...separuh dari kami minta diri untuk pulang..aku mengikut akakku yang di Kluang pula..kerana esok aku ambil bas dr Kluang- KL...
Stesen bas Kluang....
Tidurlah aku semalamn di Kluang...keesokan harinya, tepat jam 9pg aku menaiki bas ke KL... Alhamdulillah, aku dapat naik bas baru...dan cukup selesa....tak sampai 10 orang penumpang pun dalam bas tu..aku teringat kemabali, penumpang bas yang aku naiki kelmarin hanyalah 4 org.. kelakar ada, takut pun ada...huhuhuaku sampai di Pudu raya pada pukul 1.15ptg.. dan aku ambil kesempatan singgah Mydin unutk mencari sedikit keperluan....
Nilah dia bas yang aku naik..nampak executive style kan??? ni trans- club class..mmg best..huhuhu
Tepat pukul 3.15 petang aku sampai di UIA....dan usai mandi dan menukar pakaian, bergegas pulak aku ke Kuliyyah untuk Pre-reg session pada pukul 5.......... dalam perjalanan aku menelefon mak, mak akta nenek ku dah keluar hospital...alhamdulillah..may Allah bless her....amin...