Assalammualaikum semua...yuhuuu.....
Ya Allah lamanya tak jengah blog ni..dah penuh dengan sawang labah2 dan tahi kelawar ni..haha
Pejam celik 2013 dah tinggal lebih kurang 28 hari bakal meninggalakn kita dan bakal tiba tahun 2014...
Phewww.... masa itu bergerak terlalu pantas...tajam seperti pedang, laju seperti kuda, berharga seperti emas!!!
Yang kelakar, bukak2 blog, tengok ada post yang tak sempat nak post jadi draft..terus klik publish....alahai,,dah absi pulak tu post tu..lantak ler.. boleh gitu??
Okay, straight to the point....nak dijadikan cerita, tahun 2013 ni tahun yang murah rezeki pada aku.. tak disangka2 semuanya... Terima kasih Ya Allah....
Paling tak dapat dilupakan adalah Mom2Be moment throughout the year... siapa??? sayalah.. Actually berita gembira ni dah tahu masa bulan Disember 2012 lagi... Bagaimana?? okay nanti ye akan ku story di post yang lain. hehehe....Klik SINI.
During Februari 2013 ---- family trip to Terengganu..
Masa ni aku dah 2 to 3 months pregnancy.. alhamdulillah, takde morning sickness yang melampau...
March 2013------Bengkel di Cameroon Highlands
Last pegi sini masa Form 4, rombongan sekolah... tulah kali pertama pergi kot.. Tup2, nama naik untuk hadiri Bengkel Pemasangan Soalan Peperiksaan Akhir Politeknik... Rezeki2....
April 2013---- Jalan2 ICity with Hubby
Akhirnya tercapai jugak nak pergi jejalan berdua-duaan dengan hubby ke ICity. Kami checkin di ICity hotel semalaman dan berjalans akan sekitar ICity tengok lampu.. Best2.. almaklumlah, walaupun bercinta hampir 8 tahun, kami susah untuk ada masa keluar berdating seperti pasangan lain ( itu lebih baik kan,,,,Alhamdulillah).
Tapi dah kawin pon kami Perkahwinan Jarak Jauh--- tetap jugak susah nak berjumpa..
kadang seminggu sekali, dua minggu seklai,,paling lama sebulan sekali.....
Mei 2013 ------ Wedding my SisterInLaw
haa, ni wedding the only sister sebelah hubby.. masa ni aku dah 6 month pregnancy.... perut??? masih tak nampak kan..hihihi
July 2013 -------
Again,,,jalan2 ICity lagi with hubby... masa ni Alhamdulillah, hubby datang sebab dapat masuk kuarters, 16 July dapat masuk...tengah bulan ramadhan, dapat jugak berbuka dan bersahur dengan hubby.
August 2013 ------
First Aidilfitri sambut bersama suami... Alhamdulillah, ni raya pertama kami dan yang terakhir kami berdua... lepas ni dah bertiga.. hehehe.. masa ni dah masuk 8bulan...
September 2013 ------
Im being warded for 4 days and three nights... hehehe..nanti akan dicerita lanjut di post yang lain ya... Klik SINI.... waiting and waiting for my princess to come out... penuh kenangan....
October 2013 ------- Kenduri Kesyukuran dan Potong jambul My Princess
masa ni baru 41 hari berpantang....nampak belakang je.. berat turun hampir 11.5kg.. Alhamdulillah..
to be continue....